top of page
Writer's pictureAdmin Findbulous

Dessert Yang Anda Wajib Cuba di Melaka 🍨 !!!



1) Cendol Kampung Hulu


Kalau di Melaka, Cendol Kampung Hulu adalah antara tempat yang menarik untuk mencuba cendol. Makanan tradisional cendol sentiasa sesuai untuk dinikmati ketika cuaca panas ataupun hujan. Rasa cendol di sini agak unik kerana lebih pekat lemak santan daripada kedai cendol yang lain. Cara penyediaan mereka agak berbeza, mereka tidak mencampurkan santan dan ais tetapi mereka menggunakan santan yang dah dibekukan dan kemudian mengisarnya. Jadi sebab itu mereka punya cendol lebih pekat rasa lemaknya dan lebih sedap.


Alamat: Cendol Kampung Hulu 75200 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi: Ahad - Sabtu (11.30 am - 19.30 pm)





2) Mango Float Royale 🥤🍜


Kedai yang pernah viral suatu ketika dahulu dengan air buah mangga yang dikisar segar bersama dengan ais, Mango Float Royale. Bukan setakat itu saja, beberapa potongan buah manga dan juga ais krim vanilla juga akan dijadikan topping air itu. Air manga ini sangat sesuai untuk dinikmati ketika cuaca panas. Makanan sampingan seperti meatball, jagung grill, mee kari, kuih-muih juga dijual di gerai-gerai yang ada di situ.


Alamat: Lot 950, KM 8, Kampung Sungai Putat Batu Berendam, 75350 Melaka.

Waktu Operasi:

  • Isnin - Sabtu (12.00 pm - 6.30 pm)

(8.30 pm - 11.30 pm)

  • Ahad (11.00 am - 6.00 pm)




3) Big Bowl Ice 🍧🍨


Jika anda mencari hidangan penyejuk tekak di cuaca yang panas, segarkan badan anda dengan menikmati ais parut berperisa dengan hirisan buah segar di Big Bowl Ice.Ais parut ala ABC ini didatangkan dengan pelbagai perisa seperti Durian, Mango, Milo Mania, Ice Matcha dan macam-macam lagi. Anda pasti akan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ada di kedai ini. Keistimewaan kedai ini adalah anda boleh meminta ais parut yang sangat besar sehingga untuk 30 orang. Hidangan lain yang turut boleh dipesan di sini adalah seperti waffle, nugget, potato wedges dan juga minuman buah-buahan.


Alamat: No 11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi:

  • Ahad - Khamis (12.00 pm - 12.00 am)

  • Jumaat - Sabtu (12.00 pm - 1.00 am)





4) Klebang Original Coconut Shake 🥥🍹


Berpeluh-peluh di bawah sinaran mentari Melaka? Mari datang ke Klebang Original Coconut Shake yang terletak berdekatan Jalan Klebang Besar untuk menyegarkan badan. Coconut shake klebang ini dianggap salah satu minuman lazat yang dihasilkan untuk mengatasi cuaca panas di Malaysia. Dapat menikmati air kelapa yang dicampurkan denga hirisan kelapa segar bersama ais krim vanilla, peh nikmatnya lain macam! Dahaga dah hilang tapi rasa lapar pula? Jangan risau di dalam kedai ini ada jugak menjual makanan seperti mee goreng, nasi lemak dan banyak lagi.


Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi:

  • Isnin - Sabtu (11.30 am - 6.00 pm)

  • Ahad (2.30 pm - 6.00 pm)





5) Cendol Jam Besar 🍨


Dah puas bergambar di sekitar Melaka mesti terasa kering tekak kan? Destinasi pertama yang anda patut pertimbangkan adalah gerai Cendol Jam Besar. Cendol Jam Besar ni memang famous dan sedap dan harga juga tak terlalu mahal! Antara jenis cendol yang ada disini ialah cendol durian , cendol pulut , cendol aiskrim dan banyak lagi. Selain cendol, Abc juga turut dijual di sini seperti ABC Durian dan ABC ais kacang. Gerai ini sangat-sangat berbaloi selepas banyak berjalan di bawah matahari terik!.


Alamat: Cendol Jam Besar Bandar Hilir Melaka, Bandar Hilir, 75200 Melaka.






6) The Old Mark Cafe 🥞


Jika anda ingin mencuba pancake yang gebu dan “jiggly” macam jeli? Apa kata kunjungi The Old Mark Café di Kota Syahbandar. Pilihan pencuci mulutnya memang lain dari yang lain. Anda boleh menikmati satu satunya “Souffle Pancake” yang popular di Melaka di café ini. Antara “Souffle Pancake” yang terkenal di sini ialah Matcha dan Tiramisu. Kafe ini juga menyediakan makanan lain seperti burger dan lain lain untuk anda pilih sebagai menu utama sebelum pencuci mulut anda.


Alamat: No.39, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, 75200 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11.00 am - 19.00 pm)






10 views0 comments

Related Posts

Comments


bottom of page