top of page

Dessert yang harus Anda Cuba di Batu Pahat🍨.

Updated: Apr 10, 2022


1) Bite Bite Cafe' 🍰 🥖

Bite Bite adalah kafe kek yang kemas dan cantik dimana anda boleh berehat dan bersantai. Kafe ini menjual pelbagai jenis kek dan minuman dan jenis kek akan berubah setiap kali anda datang! Jika anda peminat kopi dan kek, kafe ini wajib ada dalam senarai kafe kegemaran. Ia juga adalah salah satu kafe kek terbaik di Batu Pahat.


Alamat: 2-10 & 2, 11, Jalan Susur Perdana Tengah, Taman Bukit Perdana 2, 83000 Batu Pahat, Johor

No Telephone: 012-7654270

Credit: @itsbitebite | Facebook



Mokti's merupakan kedai aiskrim yang baru sahaja menapak di Batu Pahat. Mokti's menyediakan pelbagai jenis aiskrim dengan pelbagai perasa! Terkenal dengan menu aiskrim gula apong yang menggabungkan gula apong dan aiskrim! sesuai dimakan ketika waktu panas. Teksturnya sungguh 'creamy' !


Alamat: Jalan Rahmat, Bandar, 83000 Batu Pahat, Johor

No Phone: 011-33418613




Little Spoon Gelato Café ialah tempat yang bagus untuk bertemu dengan rakan-rakan dan merasai makanan istimewa dengan sentuhan yang unik. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis aiskrim dan kek seperti “Lotus Biscoff Caramel“, “ New York Cheesecake “ dan lain-lain makanan untuk dipilih dalam menu mereka daripada kek dan aiskrim yang lazat kepada makanan sihat yang menyelerakan untuk melegakan perut anda yang lapar!


Alamat: 8, Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

No Phone: 07-431 1909

Credit: Little Spoon Gelato Cafe | Facebook





4) Lux Coffee 🍮 ☕️

Terletak di Taman soga, Lux Coffee merupakan salah satu tempat terbaik untuk “Coffee Dates” dan minum petang. Bahagian dalamannya sangat selesa dan cantik dan ia menjadikan kedai itu kelihatan meriah. Jika anda seorang pencinta kopi maka kami sangat mengesyorkan kedai ini! Selain Kopi, kedai ini juga menyajikan sarapan tengah hari yang lazat dan pencuci mulut yang lazat seperti wafel dengan ais krim, biskut dan macaroons.


Alamat: 30, Jalan zamrud, Taman Soga 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

No Phone: 018-2840407

Credit: @luxcoffeehouses | Facebook



Warung cendol Pak O merupakan gerai yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Batu Pahat dari pelbagai peringkat umur. Gerai ini sudah beroperasi selama berpuluh tahun dan pelbagai generasi. Cendol Pak ‘O’ menawarkan pelbagai jenis cendol dan ABC yang sesuai dimakan lagi lagi ketika waktu panas ! Menu yang terkenal di sini adalah cendol kacang mereka


Alamat: No. 65-A, Jalan Rugayah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

No Phone: 012 – 7474679




6) My Kori 🍨

My Kori best dimakan ketika waktu panas bagi melegakan kedahagaan tekak anda! Ia menyajikan pelbagai jenis makanan ringan jepun seperti signature toast atau dipanggil nama roti jepun. Café ini popular dengan menu kakigori iaitu sejenis ais kacang yang mempunyai pelbagai jenis topping, buah dan sebagainya! Kenko Kakigori juga ada dijual di kedai ini iaitu sejenis makanan sihat yang dipenuhi dengan buah-buahan dan bijirin!


Alamat: 17, Jalan Persiaran Flora Utama, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor

No telephone: 018 - 2814508

Credit: @MykoriBatuPahat | Facebook




7) SPD Café 🧋 ☕️

SPD Café ini akan buat orang ramai terpesona dengan suasana vintaj dan bergaya retro yang diadun dengan sentuhan moden mereka. Kafe ini dihiasi dengan teliti dengan barang barang “old school” dan lampu “vintage pendant light” yang menarik untuk menaikkan mood. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis kopi, makanan dan minuman seperti Green Tea, Refreshing Soda dan Frappe! Kafe ini juga ada menjual baju-baju vintage dan retro di tingkat atas kedai.


Alamat: 34, Jalan Ismail, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

No Phone: 019 - 7303930

Credit: @t_affogato (twitter)

34 views0 comments
bottom of page