top of page

Kedai Makanan Cina Yang Sedap Dan Halal Di Ipoh😋!!!!

Updated: May 30, 2022








1) Jom Dim Sum Greentown


Sebut sahaja makanan Cina, semestinya anda terbayangkan dim sum, bukan? Di Ipoh, antara restoran dim sum yang popular ialah Jom Dim Sum Greentown. Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah Sesame Ball , Purple Sweet Potato Ball dan Seaweed Roll. Selain dim sum, Pao mereka juga turut mendapat sambutan. Bersaiz sederhana, namun tetap mengenyangkan!


Address: 19 Persiaran Greentown 4 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

Credit: Jom Dim Sum Greentown | Facebook










2) Restoran Hj. Sharin Low Grand


Ingin mencuba hidangan berat berasaskan selera Cina Muslim? Singgah sahaja di Restoran Haji Sharin Low untuk tujuan tersebut. Restoran ini cukup terkenal dengan menu masakan Cina seperti Roasted Duck, Kung Pao Chicken, Mongolian Chicken dan Salted Egg Soft Shell Crab. Untuk sayuran pula, kami sarankan agar anda cuba Fried Peria Salted Egg. Rasanya yang sedikit berlemak pasti akan menggandakan keenakkan hidangan lain.


Address: 16, Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak

Credit: Haji Sharin Low: Chinese Muslim Restaurant | Website










3) Restoran Pakcik Wong


Jika anda baca ulasan-ulasan tentang restoran Pakcik Wong, kebanyakan pelanggan bukan sahaja memuji hidangannya, malah harganya yang berpatutan. Menyajikan masakan Cina Muslim yang asli dan halal, restoran ini sesuai disinggah untuk makan tengah hari dan makan malam. Antara menu-menu yang boleh anda cuba ialah Salted Egg Chicken, Sweet Sour Fish dan Salted Egg Squid.


Address: 20, Persiaran Greentown 10, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak

Credit: Restoran Pakcik Wong | Facebook












4) Canning Dim Sum


Satu lagi restoran masakan Cina yang menyajikan dim sum ialah Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning. Kepelbagaian jenis dim sum, kebersihan restoran yang terjaga serta servis yang terbaik merupakan antara faktor restoran ini menjadi pilihan ramai. Antara dim sum yang boleh anda cuba ialah Abalone, Sea Cucumber, Shanghai Chicken Broth dan Red Pepper Prawn. Selain dim sum, pau di sini juga mendapat sambutan yang hangat. Salted Egg Pau yang gebu dan kaya isinya merupakan antara yang laku keras.


Address: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Credit: Canning Dim Sum | Facebook











5) Ipoh Hainan Chicken Rice


Nasi ayam Hainan – salah satu masakan Cina yang digemari orang kita, tidak mengira bangsa. Jika anda ingin mencubanya di Ipoh, kami sarankan agar anda singgah di Ipoh Hainan Chicken Rice. Isi ayam yang lembut, rasanya yang sedikit manis serta nasi yang gebu merupakan antara punca nasi ayam Hainan di sini begitu digemari. Untuk hidangan tambahan, jangan lupa untuk mencuba Deep Fried Tofu in Oyester Sauce, hidangan yang terlaris di sini. Dijamin sedap!


Address: No 107, Jalan Raja Musa Aziz 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

Credit: Ipoh Hainan Chicken Rice | Facebook

6 views0 comments

Related Posts

bottom of page