Makanan Malam Terbaik di Batu Pahat!🌃
Updated: Feb 8, 2022
1. Restoran Nikmat Tandoori🍲
Restoran Nikmat Tandoori ialah restoran mamak yang terkenal dengan roti naan keju dan bubur! Roti naan keju disajikan bersama kari daging yang pekat❗️Kombinasi cheese dan roti naan yang cukup 'Perfect'. Bubur ayam yang disediakan cukup rasa! Makanan ini sesuai dimakan pada waktu malam!

Alamat: Perkumpulan Perempuan (W.I) Daerah, 42-1C, Jalan Sultanah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: tripifyapp.com, thevocket.com
2. Leezo Restaurant🍔
Leezo restaurant mula ditubukan pada tahun 2015. Restoren ini menghidangkan pelbagai hidangan yang unik bagi memenuhi selera orang ramai dengan 4 rangkaian makanan termasuk burger, pasta, barat dan juga kegemaran Malaysia!😍 Makanan yang dihidangkan juga sedap kerana keunikan rasanya yang tersendiri❗️

Alamat: 6-A, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: FB: @leezorestaurant
3. Nakhon Street 🌶
Nakhon street merupakan makanan Thailand pertama di Batu Pahat❗️Terkenal dengan menu daging harimau menangis dan tomyam! best dimakan lagi-lagi pada waktu malam😋! Ada juga menyediakan makanan set untuk seisi keluarga makan bersama-sama.

Alamat: 23, Jalan Teratai, Kampung Istana, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from:@NAKHONSTREET
4.Restoran CS Din🍤🦪
Restoran CS Din ialah retoran yang menyajikan "Shellout"❗️ Dihidangkan dalam satu tempat bersama pelbagai jenis lauk seperti kerang, udang, ulam, kupang dan macam-macam lagi! Dimakan bersama nasi putih yang panas. "Shellout" yang disajikan mempunyai citarasa tersendiri yang membuatkan orang ramai rasa sekali dan pasti nak lagi! 😋 Harga yang diberikan juga berpatutan dan pasti berbaloi mencubanya!

Alamat: No7, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: 2pos.guru.com
5. Liza Steamboat & Grill
Liza steamboat merupakan restoran yang menyediakan makanan secara steamboat dan grill. Ia menyediakan lebih dari 50 jenis hidangan makanan untuk pelanggan menikmatinya❗️🤤Boleh dikatakan makanan yang disediakan sedap-sedap belaka❗️Ia memang sesuai dimakan pada waktu malam bersama keluarga tercinta! Makanan laut seperti udang dan sotong juga segar apabila dimakan bersama sos lada hitam yang pedas dan pekat😍❗️

Alamat: 49, Jalan Zabedah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: FB: @lizaskitchensteamboatgrill