1) Mochee Dim Sum House
“Eh, halal ke Mochee Dim Sum House?” Jangan risau, trademark kedai makan ni adalah “Halal, Healthy, Hearty,” jadi semuanya di kedai ni boleh dinikmati tanpa rasa bersalah. Seperti Namanya, kedai ini mengkhususkan diri dalam dim sum. Kedai ini adalah antara syurga dim sum untuk peminat dim sum di luar sana, sebab di kedai ni terdapat lebih daripada 40 jenis dim sum untuk dirasai. Pelbagai menu sampingan juga ditawarkan seperti babao, ais krim mochi, mee, pau dan banyak lagi.
Alamat: No.45, Jalan KNMP2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Bandar Melaka, Melaka.
2) Hadramawt Palace
Sudah puas dengan masakan Melayu dan barat? Tibalah masanya untuk anda ubah selera makan ke masakan arab pula. Restaurant Hadramawt Palace ni sememangnya terkenal dengan hidangan tradisonal dari Yemen dan Lubnan dan makanannya memang resepi asli dari timur tengah sana. Taktahu nak pesan apa? Kami sarankan menu kegemaran orang ramai iaitu nasi mandy yang lengkap dengan ayam yang lembut dan juicy. Antara menu lain yang anda patut cuba adalah Lamb Mandy, Chicken Kebab, Fahsa, Shawarma dan banyak lagi. Tak kisah apa pun yang anda pesan, semua makanan di sini dihasilkan oleh chef yang pro dalam masakan arab.
Alamat: No.15, Jalan PNBB 2,pusat Niaga Bukit Baru 75150 Bandar Melaka, Melaka.
3) Pak Putra Tandoori & Naan (Restoran Pak Putra)
Anda terasa nak makan masakan india? Mari datang ke Restoran Pak Putra yang terletak di Taman Kota Lasksamana. Tandori dan naan di Pak Putra sangat popular di kalangan orang Melaka. Bermacam jenis roti naan boleh anda pilih di kedai ini. Antaranya adalah roti naan garlic, naan cheese, naan keema dan lain lain. Hidangan roti naan ni anda boleh makan bersama pelbagai jenis masakan ayam seperti pasanda, ayam Bombay, ayam hyperabadi, ayam butter dan banyak lagi. Dalam bermacam jenis ayam yang ditawarkan, anda wajib mencuba ayam tandoorinya yang dihasilkan menggunakan resepi rahsia mereka.
Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.
4) Ryu Korean Chicken
Memang banyak kedai makanan Korea sekarang dekat Shopping mall tetapi Ryu Korean Chicken adalah salah satu kedai yang viral baru baru ni. Terletak di food court Mydin Jasin, kedai ini memang pakar dalam masakan makanan korea. Pelbagai jenis makanan korea ditawarkan di sini. Antaranya adalah Rabokki, Tteokbokki, Ramen Moza Tarik, Kimchi dan banyak lagi. Anda wajib mencuba menu ayam mereka yang menjadi pilihan orang iaitu Chicken Busan (Pedas Berapi) dan Chicken Incheon (Cheezy Banjir). Jika anda jauh dan teringin nak makan makanan korea Ryu Chicken ni, jangan risau kerana Ryu Chicken ada buat servis delivery ke seluruh Melaka.
Alamat: Food Court Mydin Jasin Melaka
5) Nippon Sushi
Bila anda fikir jepun pasti anda terfikir sushi kan? Jadi kat sini kami nak sarankan restoran sushi yang sedap, murah dan berbaloi kepada anda iaitu Nippon Sushi. Nippon Sushi menawarkan lebih 200 jenis menu masakan jepun antara nya ialah Sashimi, Tamago Pancake, rib eye, gyuniku karubi, Temaki, tori karaage, Udon , Kinoko dan pelbagai lagi menu menarik yang patut anda cuba selain sushi disini!! Suasana kedai amat menarik kerana Nippon Sushi mengekalkan keseluruhan pengalaman restoran Jepun yang asli dan mereka menggunakan “Irasshaimase” untuk mengalu-alukan anda yang datang.
Alamat: No. 15&17, Jalan Kommersial TAKH2, Taman Ayer Keroh Height, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Comentarios