top of page

Tempat Makanan Pedas di KL yang Wajib Anda Cuba🥵!!!

Updated: Apr 18, 2022




Waroeng SS ialah keluaran kulinari brand dari Indonesia yang mengeluarkan 34 jenis sambal. Terkenal dengan sambal mereka yang sangat pedas, boleh dimakan dengan pelbagai juadah. Makanan yang dijual disediakan dalam pakej tertentu siap nasi dan sambal. Oleh itu pelanggan hanya perlu membuat pesanan pakej yang mereka hendak dan membuat pilihan sambal yang mereka minat. Sambal mereka yang kerap menjadi tarikan spicy lover antaranya ialah sambal bawang, sambal bawang cabai hijau, dan sambal manga muda. Antara pakej yang disediaka ialah pakej ayam, pakej itik, pakej talapia, pakej ikan keli dan sebagainya.


Address: 41, 43 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Credit: @waroengss.my | Facebook






Ayam gepuk jogja ini merupakan makanan ala carte ayam pedas dari Indonesia yang berjaya memikat hati rakyat Malaysia. Rempah isitemewa dari Indonesia yang digunakan untuk perap ayam tersebut sebelum digoreng dan terhasillah ayam gepuk jogja. Memberi rasa kerangguapan, juicy, dan pedas kepada sesiapa yang menikmatinya. Pelanggan juga boleh menikmati ikan keli Pak Ery dan Ikan Tilapia Pak Ery yang dimasak dengan rempah yang sama dan memberikan hasil yang sama kepada pelanggan yang mencubanya.


Address: No 1, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Jumaat – Selasa (11.30 am – 10.00 pm)

Credit: ayamgepukkl | Facebook






Restoran ini terkanal dengan asam pedas kelapa ikan salmon mereka yang sedap dan pedas. Asam pedas mereka yang lain dari yang lain ini dapat menarik ramai pelanggan untuk datang dan menikmati masakan asam pedas mereka. Bukan sahaja mereka menghidangkan ikan salmon, bahkan mereka juga turut menjual asam pedas ikan pari, asam pedas ayam, dan asam pedas ikan patin. Keunikan mereka menjual asam pedas ikan salmon ini juga salah satu tarikan kepada pelanggan dengan rasa masam, manis dan pedas yang ada pada asam pedas mereka.


Address: No 62, Jalan 2/27A Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (4.00 pm – 11.00 pm)

Credit: @asampedaspaskal | Facebook




Restoran ini terkenal dengan seafood mereka yang fresh dan apabila dimasak dengan secret recipe mereka akan memberikan aroma seafood dan kelazatan kepada sesiapa yang menikmatinya. Mereka juga mempunyai masakan pedas yang terkenal disini dimana ramai pelanggan akan membuat pesanan. Antara makanan pedas mereka ialah black pepper crab, som tam pedas, thai special omellete, dan spicy lime thai fish. Menu makanan ini disusun mengikut tahap kepedasan makanan tersebut daripada kurang pedas kepada pedas yang maksimum.


Address: Lot 27383, Jalan Cahaya 1, Taman Cahaya, 68000 Ampang Selangor.

Waktu Operasi:

  • Jumaat - Rabu (11.00 am - 11.00 pm)

  • Khamis (12.00pm - 11.00pm)

Credit:@NongJimmyThaiBBQ






Restoran ini terkenal dengan nasi lemak mereka yang beraroma, disertakan dengan ayam goreng dan sambal telur untuk dimakan bersama. Sambal telur yang dipadankan dengan nasi lemak ini memberi rasa pedas kepada pelanggan yang menikmatinya. Pelanggan yang gemar makanan pedas boleh menikmati nasi lemak ini


Address: Tang Lin Jalan Cenderasari, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: (4.00 pm – 8.00 pm)

Credit: Nasi Lemak Tanglin | Facebook



0 views0 comments
bottom of page