top of page

Restoran Yang Wajib Anda Pegi Jika Anda Di Melaka 🏰!!!

Updated: Jun 14, 2022


1) Kari Kepala Ikan Asahan | MITC Hotel Melaka


Kalau masa tengah syok-syok berjalan makan angin dekat Melaka tu tiba-tiba perut berbunyi, bolehlah singgah terus ke restoran atau cafe yang ada di MITC Hotel untuk mencuba Kari Kepala Ikan Asahannya. Kari Kepala Ikan restoran ini sungguh mengenyangkan kerana dihidangkan dalam saiz hidangan yang besar. Yang penting, kesegaran ikan yang digunakan dapat dirasai, disaluti pula dengan kuah kari yang pekat dan likat dengan rempah, aromanya sahaja sudah boleh meruntun jiwa, apatah lagi bila dirasa?


Alamat: Lot 15232 And 15233, Jalan Food City, Melaka International Trade Center, 75450 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi:

  • Bemban Restoran: 7:00 am – 6.00 pm

  • Asahan Café: 10.00 am – 12.00 am





2) Deli Muara Ikan Bakar 🐠 🦐


Kalau anda datang ke melaka anda wajib merasa ikan bakar. Kedai yang menjadi pilihan orang ramai sudah pasti Deli Muara Ikan Bakar. Suasana di restoran ini amat menarik, anda dapat menikmati makanan anda berhadapan dengan muara Sungai Punggor Laut. Sudah tentu makanan laut di sini segar semuanya! Menu yang pali ng digemari orang ramai di sini adalah grilled prawn dip with secret spices, udang yang dihidang bersama sos resepi rahsia. Rasa dia sangat unik dan sedap serta tidak dapat di tempat lain. Kebiasaannya di kedai kedai lain , kita akan makan siakap tiga rasa atau masak stim tapi kedai ini menawarkan ikan siakap black pepper yang wajib anda cuba jika anda mengunjungi ke sini.


Alamat: Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka.

Waktu Operasi: Ahad - Sabtu: 5.30 pm - 12.00 am





3) Kapal Station Char Kuey Teow 🦑 🦞


Hidangan char kuey teow tidak asing lagi di mana-mana tempat terutamanya di kawasan pelancongan. Kapal Station Char Kuey Teow merupakan antara kedai Char Kuey Teow terbaik di Melaka. Char Kuey Teow kedai ni memang sedap dan juga mempunyai pelbagai jenis pilihan Char Kuey Teow. Antara Char Kuey Teow yang ditawarkan ialah Char Kuey Teow sotong, udang, kerang, lobster, chicken grill dan kambing bakar. Ini antara keunikan Char Kuey Teow Kapal Station ini kerana jarang jarang kita jumpa Char Kuey Teow kambing bakar , chicken grill dan lobster. Selain itu Kapal Station juga ade menyediakan makanan lain seperti western ,nasi bambo ayam berempah dan snow ice.


Alamat: Lebuh AMJ, Taman Cheng Utama, 75260 Cheng, Melaka.

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (4.00 pm - 12.00 am); Sabtu - Ahad (3.00 pm - 12.00 am)





4) Cengkerang Seafood Jumble 🦐 🦀


Restoran Cangkerang nih terletak di dalam kawasan beberapa restoran dengan landskap yang menarik. Kedai dengan warna tema hitam pada dindingnya dan coklat daripada tona kayu perabotnya, Cengkerang Seafood Jumble adalah sebuah lokasi menjamu selera yang boleh juga dijadikan tempat lepak yang penuh santai. Kedai ini berkonsepkan “Shellout”, anda dapat menikmati pelbagai jenis seafood segar dengan sepuas hati. Ada 10 perisa yang anda boleh pilih untuk hidangan anda. Untuk set yang basic anda akan dapat udang, sotong, kepah, clam, jagung, brokoli dan nasi. Anda boleh juga tambah seafood lain seperti ketam, lobster dan lain lain lagi.


Alamat: No. 10 Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi: Selasa - Ahad: 5.00 pm - 11.00 pm





5) Mee Besen Original 🍜


Bila dengar mee besen, mesti korang terfikir mee di dalam besen kan? Tapi sebenarnya mee besen ni sejenis mee sup, nama dia mee besen sebab dia hidang dalam bekas mangkuk yang besar. Bekasnya datang dalam pelbagai saiz berbeza iaitu S yang boleh dinikmati secara solo atau 2 orang, saiz M untuk 2 – 3 orang dan saiz L untuk 3 – 4 orang. Setelah memilih saiz hidangan, anda juga boleh memilih jenis mee yang anda mahu seperti mihun, mee kuning, mee soya atau kuey teow.

Anda harus cuba mee soya yang memiliki aroma harum dan terkstur lembut. Selain mee besen, jangan lepaskan peluang untuk mencuba talam westernnya yang dicaj dengan harga yang sangat berpatutan untuk hidangan yang begitu mengenyangkan. Di atas talam yang sama anda akan disajikan dengan spaghetti, meatball & french fries serta chicken chop.


Alamat: No 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun, 75400 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi:

  • Selasa – Sabtu (3.30 pm – 10.00 pm)

  • Ahad (3.30 pm – 12.00 am)





6) Restoran Klasik Terapung (Tom Yam Klasik) Garden Restaurant Melaka 🐟🍹


Terletak di Sungai Putat Melaka adalah sebuah restoran yang tersangat unik kalau dibandingkan dengan yang lain, Restoran Klasik Terapung yang memiliki reka bentuk rumah klasik Melayu yang kelihatan seolah-olah terapung di atas tasik. Mengenai hidangan yang ditawarkan pula, di restoran ini anda boleh memesan pelbagai jenis makanan dari masakan Melayu, masakan Cina, masakan Thailand hinggalah barat. Apa yang anda kempunan nak makan? Air minuman juga mempunyai banyak pilihan seperti air buah, ice blended, ABC dan lain lain lagi.


Alamat: Lot 48, Jalan Sungai Putat, 75450 Bandar Melaka, Melaka.

  • Ahad - Sabtu (11.00 am – 11.30 pm)





7) Hot Chicken Chop 🍕 🍝


Teringin makan makanan western tapi bajet tak cukup? Anda bernasib baik kerana di Restoran Hot Chicken Chop yang terletak di Taman Teknologi Cheng ini menawarkan Chicken Chop yang murah. Pilihan menu lain yang ditawarkan di restoran in cukup pelbagai. Antara menu yang menjadi kegemaran orang ramai adalah Blackpepper Chicken, Crispy Chicken Chop dan Pizza. Selain menu yang pelbagai, restoran ini juga memiliki keistimewaannya sendiri berbanding dengan kebanyakan restoran barat yang lain kerana dikatakan bahawa sos-sos yang digunakan dalam hidangan seperti sos bbq, sos blackpepper, sos mushroom dan sos kejunya adalah dihasilkan secara homemade oleh pihak restoran sendiri.


Alamat: No. 23, Jalan TTC 26 A, Taman Teknologi Cheng, 75250, Melaka.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4.30 pm – 11.00 pm)





8) Nasi Bariani Haji Tamby 🍛


Wujud sejak tahun 1969, kedai Nasi Beriani Haji Tamby adalah sebuah kedai makan legend yang tak rugi untuk anda singgah lebih-lebih lagi kalau sekali-sekala sahaja dapat datang ke Melaka. Restoran ini pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Yang best dan uniknya di kedai makan ini adalah kerana anda dapat menikmati nasi secara percuma, ya, hanya perlu bayar harga lauk-pauknya sahaja. Tapi kenapa? Ini sebab pemilik Nasi Beriani Haji Tamby percaya dengan janji Allah yang kita tak akan miskin dengan bersedekah. Berganda sebabnya untuk anda singgah bukan.


Alamat: Taman Pertam Jaya 75050 Bandar Melaka, Melaka.

Waktu Operasi: Ahad - Sabtu (9.00 am - 4.00 pm)





56 views0 comments
bottom of page