top of page

Street Food yang Perlu Anda Cuba di Melaka🍽️!!!




Restoran Sate R&K ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Melaka, malah di Negeri Sembilan pun ada. Ini jelas membuktikan yang hidangan sate di restoran ini digemari ramai. Daging sate yang lembut dan dibakar dengan sempurna ini memang enak dinikmati bersama kuah kacang yang cukup menggamit selera. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan kualiti satenya, memang rugi jika anda tak cuba! Selain daripada satay makana goreng lain juga ditawarkan seperti nasi goreng paprika, nasi goreng usa dan nasi goreng kampung.


Alamat: No 63, Jalan Bpm 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka.

Credit: @HQSateRK






Putu piring yang dimakan panas-panas dan gula melakanya mencair di dalam mulut – satu kenikmatan yang pasti anda inginkan, bukan? Untuk menikmatinya, singgah sahaja di Putu Piring Tengkera. Kalau google Putu Piring Melaka anda pasti akan jumpa kedai ini dan macam takde tempat putu piring lain. Putu piring di sini disediakan panas-panas. Gula melaka yang dijadikan inti juga memang banyak, jadi rasanya memang lazat dan boleh buat sesiapa sahaja kecur air liur. Selain itu, aroma putu piring yang dikukus juga sangat harum. Putu Piring yang terkenal dari Tengkera Melaka bertekstur lembut dan ia didatangkan dengan isi Gula Melaka dengan kepingan kelapa yang rangup. Apa yang membuatkan ia begitu lazat ialah isi Gula Melaka yang banyak dan makan ini semasa masih hangat.


Alamat: No 252, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Credit: Putu Piring Melaka | Facebook






Qasreena Cafe adalah antara salah sebuah kafe yang dikenali ramai di Melaka. Hiasan yang simple, menarik minat pelanggan untuk berkunjung di kafe ini. Kafe yang berkonsepkan English style ini juga kelihatan unik dan berbeza dengan kafe-kafe lain. Selain itu, Qasreena Cafe juga mempunyai banyak pilihan makanan, termasuk Mee Racun. Mee Racun adalah salah satu hidangan istimewa yang disediakan di sini. Terdengar sahaja nama hidangan mee racun, kami yakin anda pasti tertanya-tanya tentangnya. Ianya merupakan sejenis mee yang pedas. Bagi penggemar makanan pedas, memang rugi jika anda tak singgah di Qasreena Cafè dan cuba mee racun mereka. Selain daripada kepedasannya, mi ini juga bersaiz besar dan boleh dinikmati oleh 2 orang untuk satu hidangan. Ianya disajikan dengan ayam, bebola ikan, telur goreng dan sayuran. Bersaiz besar dan semestinya mengenyangkan!

Alamat: No 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Credit: Qasreena Cafe | Facebook






Buntu memikirkan makanan jalanan apa yang anda mahu nikmati semasa minum petang? Cuba sahaja rojak dan mi rebus di gerai Rojak & Mee Rebus Taman Asean Haji Nordin. Seperti namanya, anda boleh cuba hidangan ini di Mee Rebus & Rojak Taman Asean Haji Nordin yang menyajikan mi rebus & rojak yang sedap. Rojaknya kaya dengan rasa manis dan pedas yang pasti kena dengan citarasa ramai. Kuah rojaknya juga memang padu, jadi jangan lupa untuk minta lebih. Antara jenis rojak yang wajib anda cuba ialah rojak Mamak dan rojak Singapura.

Alamat: Taman Seri Mangga, 75250 Melaka.

Credit: Gerai Rojak & Mee Rebus Hj. Nordin Taman Asean | Facebook






Mengidamkan kuih-muih tempatan yang berbagai citarasa? Lekaslah serbu Baba Charlie Nyonya Cake yang terletak di lorong kecil betul-betul bertentangan dengan jalan di mana Baba Low terletak (seberang Jalan Tengkera). Kedai kuih legend ini memang sering diserbu oleh penggemar kuih-muih. Antara kuih yang disediakan ialah onde-onde, rempah udang, apam balik, bingka ubi, kek ubi dan kuih pie tee. Kuih citarasa Baba dan Nyonya sememangnya berbagai jenis di sini, jadi tapau sahaja sambil bersiar-siar. Kuih nyonya-nya sungguh berwarna-warni.

Alamat: No 631, Jalan Siantan 1/5, Taman Siantan Seksyen 1, 75200 Melaka.

Credit: @babacharlienyonyacake



11 views0 comments

Comments


bottom of page