top of page
Writer's pictureAdmin Findbulous

Tempat Makan Authentic Thai di Batu Pahat😋!!!!



1) Nakhon Street Restaurant

Restorant ini yang membawa makanan Authentic Thai ke Batu Pahat. Restoran ini terkenal dengan Tomyam mereka yang sedap dan kuah yang beraroma dan pekat. Antara menu yang menjadi tarikan pelanggan adalah Tomyam campur mereka, dimana mereka menggunakan seafood yang segar. Kuah tomyam pula pekat dan sedap kerana kuah tomyam yang sebati dengan rasa seafood yang dimasak bersama. Set tomyam yang lain tidak kurang juga sedapnya, menggunakan ayam yang segar dan dimasak bersama kuah tomyam yang pekat akan membangkitkan aroma tomyam tersebut.


Address: No 23, Jalan Teratai, Kampung Istana, 83000 Batu Pahat, Johor.

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.00 am)





2) Restoran Ceria Maju

Restoran ini terkenal dengan makanan authentic Thailand mereka. Pelangai jenis menu yang disediakan dan dessert yang berwarna-warni untuk santapan pelanggan. Antara makanan yang famous di sini ialah set tomyam, siakap stim limau dan siakap tiga rasa. Pelbagai jenis tomyam disediakan untuk pelanggan antaranya, tomyam kelapa muda dan tomyam chiangmai. Bagi tomyam kelapa muda, dimana mereka menyajikan tomyam tersebut didalam tempurung kelapa muda manakala bagi tomyam chiangmai pula, rasa authentic tomyam itu sangat kuat dan sedap mengikut resepi thai.


Address: No 26-6, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor.

Waktu Operasi: Setiap Hari





3) Warung Tomyam Kelapa Muda

Warung Tomyam Kelapa Muda ini terletak di Parit Besar, Batu Pahat. Terkenal dengan Tomyam Kelapa Muda mereka yang sedap. Bahan mentah yang digunakan juga segar dapat menghasilkan tomyam yang sedap dan fresh. Warung yang berkonsepkan tradisional melayu ini menyediakan pondok yang dihias sebagai tempat makan pelanggan dimana pelanggan boleh merasai seakan-akan makan di suasana melayu terdahulu.


Address: Warung Tomyam Kelapa Muda | Facebook

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1.00 pm – 12.00 am)






4) Perwira Tomyam Masakan Thai

Restoran yang terletak di Kampung Pegawai, Batu Pahat menyajikan makanan ala Thai kepada warga Batu Pahat. Masakan yang sedap dan portion makanan yang banyak menjadikan pelanggan suka untuk makan di restoran ini. Restoran ini juga meletakkan harga yang berpatutan. Restoran yang besih dan selesa menjadi tarikan pelanggan di restoran ini disamping makanan mereka yang sedap. Antara menu yang famous di restoran ini adalah Tomyam Chiang Mai dimana aroma yang dibawa adalah berbeza daripada aroma tomyam yang lain. Tomyam ini lebih superb dan dengan menggunakan bahan yang fresh dapat menambah lagi kelazatan tomyam itu.


Address: Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor.

Credit: Perwira Tomyam Masakan Thai | Facebook

30 views0 comments

Comments


bottom of page