top of page

Tempat Makan Pedas Terbaik di Melaka🥵.



Ayam Gepuk Pak Gembus merupakan kedai yang mengkhususkan diri dalam jualan ayam penyet. Bukan seperti ayam penyet yang biasa, Ayam Gepuk Pak Gembus mencipta kelainan bila korang boleh tengok orang lenyek sambal tu depan mata korang sendiri. Rasa Ayam Gepuk agak berbeza dari Ayam Penyet. Sambalnya juga lain ya. Anda juga boleh memilih tahap kepedasan sambal anda sama ada biasa, pedas atau extra pedas! Pehh, sambal yang biasa pun dah boleh terasa pedasnya, apatah lagi extra pedas kan? Suasana kedai mmg agak panas sedikit kalau anda datang pada waktu tengah hari.


Alamat: No 2, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.

Credit: @ayamgepukpakgembusmalaysia | Facebook






Salah satu tempat makanan pedas popular di Melaka, korang boleh cari Restoran Hajah Rahmah yang terletak di Bukit Katil. Destinasi makan ini lebih popular dengan hidangan asam pedas & juga pilihan-pilihan lauk pauk Melayu yang beraneka seperti gulai, masak lemak & sebagainya. Antara menu pilihan orang ramai adalah asam pedas dan kari kepala ikan. Sebagai pencuci mulut, jangan lepaskan peluang untuk merasa kuih kerianya, memang enak. Kedai ini adalah one stop centre untuk mereka yang inginkan masakan kampung dengan pilihan banyak. Memang sesuai untuk anda singgah makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan percutian anda di Melaka.


Alamat: Hajah Rahmah Haji Ibrahim Kari Kepala Ikan, Kampung Bukit Sama Tahu, 75450 Melaka.

Credit: Hajah Rahmah Asam Pedas | Facebook





Suka makanan pedas? Kalau ya, cubalah Nasi Ayam Kicap Cili Gesek Power di Tiga Budak Gemok. Nasi putih panas, makan dengan ayam kicap & cili gesek pedas memang power punya. Ayam goreng mereka disaluti dengan pes bawang homemade yang dimasak dengan kicap super premium dan bawang karamel selama 3 jam. Setiap hidangan nasi ayam kicap juga ada sambal yang pedas gilerrr kerana ia disedia dengan kombinasi cili padi dari Thailand, Vietnam dan tempatan (cili kampung). Pedas syiok lagi umpphhhh, memang makan sekali confirm ketagih wey!!!


Alamat: No 31-G, Jalan PM2, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Melaka 75000 Melaka Pindah, Melaka.

Credit: @tigabudakgemok | Facebook





Bayangkan asam pedas yang panas berasap dihidangkan di depan mata, sangat mengiurkan! Kalau bayangan dah berjaya menggoda jiwa, anda mesti datang ke Asam Pedas Claypot. Asam Pedas Claypot menyediakan pelbagai pilihan asam pedas kepada pelanggan mereka. Ada asam pedas pari, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan macam-macam lagi. Lebih mengasyikkan, asam pedas dimasak di dalam claypot yang mana dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan panas mendidih bersama-sama telur masin dan kubis, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur! Hidangan lain yang turut boleh dipesan di sini adalah seperti roti canai, roti john, nasi goreng cina, mee kari dan banyak lagi.


Alamat: No 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Credit: Asam Pedas Claypot





5) Salai Dapur Kayu

Tekak terasa nak makan masakan orang Nogori? Apa kata anda datang ke Salai Dapur Kayu. Salai Dapur Kayu mempunyai lebih dari 20 jenis lauk masakan kampung untuk anda nikmati, apa yang pastinya, kami syorkan untuk masak salai mereka. Menu special yang patut anda cuba adalah masak salai daging, masak salai ayam kampung, masak salai itik dan masak salai perut. Selain itu, kedai ini juga menawarkan asam pedas pari, kembung, tetel dan telur ikan. Terdapat pelbagai jenis sayur dan ulam untuk anda pilih. Lauk salai disini memang pedas semuanya sebab lauk salai dimasak dengan cili api.


Alamat: Salai Dapur Kayu, 75250 Bachang, Melaka.

Credit: Salaidapurkayu | Facebook




27 views0 comments
bottom of page