1) Gerai Ikan Bakar Seri Melaka
Gerai Ikan Bakar Seri Melaka ini terletak berhampiran dengan Istana negara. Antara makanan yang paling popular di gerai ini ialah ikan bakar mereka yang dibakar mengikut resepi mereka yang tersendiri. Tidak kurang juga makanan bakar mereka yang lain seperti sotong bakar dan lerang bakar yang menjadi pilihan pelanggan. Pelanggan juga boleh memilih jenis ikan yang ingin dibakar sebagai makanan tengahari mereka. Semestinya, bahan mentah yang digunakan adalah segar untuk santapan pelanggan.
Address: No 2, Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, Off Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11.00 am – 4.30)
Except: Jumaat (10.00 am – 3.00 pm)
Credit: @serimelaka.bellamy | Facebook
2) Restoran Raso Omak Den
Restoran Raso Omak Den bertapak di Taman Melawati ini menyediakan makanan kampung aurhentic Negeri Sembilan. Makanan Negeri mereka membawa rasa asli dari Negeri Sembilan dengan rasa yang cukup sama dan tahap pedas yang on point. Antara makanan yang popular di restoran ini ialah Gulai Lemak Daging Salai, Pucuk Ubi Masak Tempoyak, Ikan Bakar, Pajeri Nenas dan banyak lagi.
Address: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)
3) Asam Pedas Sejati Melaka
Restoran Asam Pedas Sejati Melaka ini membawakan makanan authentic Melaka iaitu Asam Pedas mereka dan bertapak di Kampung Pandan. Negeri Melaka ini terkenal dengan Asam Pedas mereka yang Pedas, kuah yang pekat dan sedap. Restoran ini telah membawa rasa yang asli dari Melaka dan memperkenalkan asam pedas mereka di Kuala Lumpur Antaran makanan yang menjadi tarikan pelanggan di restoran ini adalah asam pedas ikan pari, asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan kembung dan asam pedas daging tetel.
Address: No 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 5.30 pm)
Credit: @asam_pedas_sejati | Instagram
4) Amber Chinese Muslim Cuisine
Restoran ini menyediakan makanan Halal dari Barat Laut China ke Kuala Lumpur. Restoran ini terletak di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. Terkenal dengan makanan mereka iaitu mi tarik, Roasted Lamb Chop dan juga Grilled Chicken Wings. Restoran ini meruapakan restoran Cina-Muslim dan semestinya Halal.
Address: Unit 1; 14, Level 1, Nexus No.7, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 10.00 pm)
Credit: @Amber.Bangsar | Facebook
5) Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
Restoran Makan Cibiuk ini menghidangkan makanan Indonesia, dimana resepi yang dibawa adalah daripada Sunda, Indonesia. Restoran ini terletak di Seksyen 10 Wangsa Maju dan menjadi tarikan pelanggan di atas rasa makanan mereka yang sedap dan unik. Antara makanan popular mereka adalah set nasi ayam bakar dan set nasi liwet. Pelanggan dapat mencuba masakan Sundan ini dengan mudah dan harga yang berpatutan.
Address: No 25, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (2.30 pm – 9.30 pm)
Credit:@cibiukwangsamaju | Facebook
6) Restoran Dapur Sarawak
Restoran ini menyajikan makanan tradisi Sarawak kepada warga Kuala Lumpur. Resepi yang dibawakan dari negeri mereka yakni Negeri Sarawak meruapakan resepi asali mereka. Antara sajian makanan yang disediakan adalah mi kolok, laksa sarawak, kek lapis sarawak dan banyak lagi. Harga makanan yang dikenekan jugat turut berbaloi dengan rasa tradisi pada makanan yang disajikan.
Address: No 10, Jalan Pahang Barat Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10.00 am - 10.30 pm)
Isnin – Selasa (10.00 am – 10.00 pm)
7) Kari Kepala Ikan Annuar
Restoran ini ditubuhkan pada tahun 1980’s. Dari tahun pertubuhannya sehingga sekarang, restoran ini masih lagi terkenal dengan menu kari kepala ikan mereka. Restoran ini juga terkenal dengan harga makanan mereka yang murah dan budget. Menu kari kepala ikan yang dijual oleh mereka turut dikenakan dengan harga yang murah. Oleh dek kerana itu, ramai pelanggan yang sangguo berbaris panjang untuk menikmati hidangan mereka.
Address: Pusat Penjaja Taman Lucky, No. 2 Lorong Ara Kiri 3, Bangsar.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)
Kecuali Selasa & Jumaat (10.00 – 5.00 pm)
Comments