top of page

Tempat Makan yang Wajib Anda Cuba di Cameron Highland🍽️.

Updated: May 30, 2022








1) Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill


Teringin menikmati steamboat? Jangan risau, anda boleh singgah sebuah restoran steamboat ini – Abang Strawberry Steamboat & Grill yang juga salah sebuah restoran yang terbaik sekitar Tanah Rata. Ada aneka jenis lauk yang boleh anda pilih. Untuk makanan laut ada lala, udang, sotong, dan banyak lagi. Kami sarankan anda pilih ayam dan daging kambing mereka yang diperap dengan sempurna. Untuk hidangan berat yang lain, anda boleh cuba Nasi Lemak mereka. Yang menariknya, nasinya berwarna hijau. Lauk yang terlaris ialah ayam goreng berempah, dijamin enak!


Address: 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Credit: Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill | Facebook









2)The Lord’s Cafe


Kafe ini cukup sesuai untuk anda singgah untuk bersarapan atau minum petang. Menghidangkan pencuci mulut yang cukup berbagai, suasana kafe ini juga sangat santai. Sambil anda meluangkan masa bersama keluarga, cubalah kek dan skon di sini. Antara kek yang wajib anda cuba ialah kek keju strawberi mereka. Manis dan kaya dengan keju namun tidak memuakkan! Selain itu, Strawberry Crepe dan Banana Crepe juga wajib anda cuba. Sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi atau teh semasa minum petang!


Address: Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Credit: Hertravelogue | Blog










3) Al Raudhah Arabian Food


Jika anda mencari nasi arab di Tanah Rata ini, Al Raudhah Arabian Food mungkin sesuai dengan selera anda. Restoran ini terkenal dengan masakan masakan Kabsahnya. Pendek kata, ianya merupakan salah satu tempat makanan untuk masakan Arab tersedap di Cameron Highland. Ada berbagai jenis makanan Arab yang disediakan di sini. Antara menu yang boleh anda nikmati di sini ialah Lamb Kabsah, Royal Arabian, Shawarma dan Hummos. Untuk minuman pula, Arabian Tea memang wajib anda pesan, dijamin sedap!


Address: 12, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

Credit: Al Raudah Arabian Food Tanah Rata | Facebook









4) Ferm Nyonya


Dari nama restoran ini sahaja pasti anda sudah boleh teka makanan apa yang disediakan di sini – semestinya makanan Babab & Nyonya! Selain itu, makanan Barat dan tempatan juga boleh didapati di sini. Sukakan steamboat? Anda juga boleh menikmati steamboat di restoran ini. Ada beberapa lauk yang disediakan, seperti ayam dan daging. Makanan laut juga tidak ketinggalan.


Address: 8A-D, Persiaran Camelia 4, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Credit: Restoran Ferm Nyonya









5) Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highland


Tercari-cari medan selera yang menyajikan pelbagai jenis menu? Di Medan Selera Tanah Rata ini terdapat pelbagai jenis masakan anda boleh cuba. Dijamin cocok dengan citarasa anda! Dari menu sarapan, makanan tengahari ke makan malam, semuanya ada. Singgah sahaja di mana-mana gerai yang anda berkenan, atau lebih baik, pesan sahaja makanan dari pelbagai gerai. Lebih meriah!


Address: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Credit: Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highland | Foursquare



17 views0 comments

Related Posts

bottom of page