top of page
Writer's pictureAdmin Findbulous

Tempat Makan yang Wajib Anda Cuba di KL🍽️.



1) Hawker Hall 🦪

Café ini merupakan modern kopitiam yang diusahakan oleh Chinese-Muslim. Café ini menyajikan makanan-makanan halal yang boleh dinikmati oleh semua penduduk Malaysia. Café ini popular dengan menu makanan mereka iaitu Oyster King Char Kuey Teow yang menggunakan Oyster yang besar dan segar kepada pelanggan. Makanan western seperti pasta dan juga burger turut juga disajikan di café ini. Terdapat juga makanan authentic Sarawak iaitu Laksa Sarawak yang jarang kali pelanggan di semenanjung dapat rasa, datang dan boleh cuba menu ini.


Address: No 22, Jalan Sri Hartamas 8, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30 am – 1.00 pm)

Credit: Hawker Hall Malaysia (Sri Hartamas)




Restoran ini terletak berhadapan dengan S.J.K(C) Sentul KL yang famous dengan kambing bakar, sup kambing dan ikan patin tempoyak mereka yang uhmmm dan lazat. Kambing mereka yang disajikan beserta sayuran dan dimakan bersama sup kambinh memang meningkatkan selera makan pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak menggemari kambing, meraka boleh makan nasi putih bersama ikan patin masak tempoyak mereka beserta aneka ikan bakar yang lain.


Address: No 780, Jalan Sentul, Sentul, 51100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: (12.30 pm – 11.00 pm)

Credit: @nasikukuskambingbakar | Facebook





Makanan authentic Negeri Sembilan mejadi pilihan bagi Restoran Cili Kampung ini untuk disajikan kepada pelanggan. Makanan authentic dapat mengimbau kenangan lampau di negeri kelahiran kepada pelanggan. Malah pelanggan yang berasal dari negeri lain dapat membezakan rasa masakan authentic dari negeri masing-masing dengan masakan authentic negeri Sembilan ini. Antara masakan authentic yang disajikan kepada pelanggan antaranya ialah: masak lomak, sambal petai, asam pedas, masak kicap, dan sambal cili api. Pelanggan juga dapat menjamu juadah selain dari masakan authentic dari negeri Sembilan ini.


Address: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Waktu operasi:

Credit: @cilikampunghartamas | Facebook




Café ini menyediakan masakan panas bergoreng dan juga makanan western untuk santapan pelanggan. Antara signature makanan yang kerap menjadi permintaan pelanggan ialah nasi chicken butter, nasi goreng chicken cop, dan indo mee goreng chicken chop. Café ini menjadi tarikan pelaggan bukan sahaja kerana makananya yang sedap bahkan harga makanan juga turut murah. Ianya amat berbaloi bagi pelanggan untuk menjamu di café ini.


Address: No 61, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (11.00 am – 1.00 am)

  • Sabtu (4.30 pm – 1.00 am)

Credit: @kafepetangmalam | Facebook




5) Super Saigon 🐔

Café ini terkenal dengan menu mereka Giant XXL Chicken Chop Fried Rice. Keunikan menu mereka ini dapat menarik perhatia pelanggan di sekitar Kuala Lumpur untuk turut menikmati makanan tersebut. Nasi goreng beserta hidangan giant xxl chicken chop ini mampu memberi kekenyangan dan kenikmatan kerana isinya yang besar dan banyak. Turut serta hidangan yang dapat dimakan bersama dengan Giant XXL Chicken Chop ini ialah: Nasi Goreng Seafood, Bun cha dan broken rice.


Address: No 28, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

Credit: @ super.saigon | Instagram




Restoran ini terkenal denga Seafood pot nya yang kaya dengan pelbagai seafood dan sedap dimakan dengan nasi putih. Pelanggan juga dapat menikmati juadah lain selain dari seafood pot sekiranya tidak mengemari seafood. Pelanggan boleh memilih set seafood yang mereka nak dan harga akan dicaj mengikut set yang dipilih.


Address: No 69, Jalan Alor Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (3.00 pm – 11.45 pm)

Credit: @bolehseafoodpot


4 views0 comments

Comments


bottom of page