top of page

Tempat Makan Pedas Terbaik di Batu Pahat!

Updated: Apr 14, 2022





1. Asam Pedas Mak Limah šŸŒ¶


Asam Pedas Mak Limah ialah tempat yang terkenal dengan Asam Pedas! Asam Pedas Ikan Merah adalah yang paling laris di kedai ini! Ia dimasak bersama kuah asam pedas yang merah pekat dan pedas yang akan membuatkan anda berpuas hati! Kedai ini juga menyajikan makanan tambahan lain seperti telur dadar dan sayur bagi melengkapi hidangan asam pedas tersebutšŸ˜‹.

Alamat: No 3 Jalan Dato Tay Kim Peow 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Credit from: @foursquare.com, @asampedasMakLimah, FB: Asam Pedas Mak Limah Batu Pahat, @sariyusa.blogspot.com




2. Gaprek Pae šŸ„ šŸŒ¶


Gaprek Pae terkenal dengan pelbagai jenis set nasi yang berbeza lauk iaitu Nasi Gaprek Ayam, Nasi Gaprek Lele, Nasi Gaprek Talapia dan ada juga salai cili Api ayam, daging, Lele dan Siput sedut! Ia dihidangkan bersama sambal cili padu! Terdapat juga popia pergedil yang diisi dengan kentang ayam atau daging bersama dengan sambal kicapnya yang super kaw pedas!

Alamat: 38, Jalan Flora Utama 3, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Credit from: FB: @gaprekpae, FB: syarinasyahira.paniran




3. Nasi Goreng Pedas Gearbox šŸŒ¶


Nasi Goreng Gearbox paling best di kedai makan ini! Ia menjadi tumpuan ramai kerana kepedasan nasi goreng yang disajikan. Kuantiti bagi satu pinggan nasi goreng agak banyak dan harga yang diberikan juga berpatutan. Tempat ini sangat sesuai kepada pencinta atau penggemar pedasšŸ˜!

Alamat: Kampung Seri Binjai, 83010 Batu Pahat, Johor

Credit from: Images from Google Search




4. Lina Asam Pedas Claypot & Nasi Ayam Penyet šŸ„˜


Lina Asam Pedas Claypot menjual pelbagai lauk makanan tengahari. Menu yang dikenali di kedai ini semestinya adalah Asam Pedasā—ļø Rasanya umphh power lagi lagi bila ia dihidangkan di dalam claypot yang berasap dan panas šŸ¤¤. Ayam penyet juga ada dijual di kedai ini bersama sambal penyet! Menu lain seperti tauhu rojak ada disajikan di kedai bersama sambal kicap pekatā—ļø

Alamat: Jalan Parit Karjo 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Credit from: FB: @linaasampedasclaypot, IG: @linaasampedas




5. Bangsawan Restaurant Batu Pahat šŸ‘‘


Bangsawan Restaurant Batu Pahat menyediakan pelbagai makanan yang menarik dan sedap seperti ayam panggang, nasi ayam geprek, seafood lambak dan macam-macam lagiā—ļø Restoran ini dikenali dengan menu nasi ayam geprek yang dihidangkan bersama sambal yang super pedas kaw! Ia juga mempunyai hidangan mee ramen korea bersama dengan ayam geprek dan sambalnya! Ooopss! Walaupun menggunakan nama bangsawan namun harga yang ditetapkan agak berpatutan untuk pelanggan mereka.

Alamat: No 25, Jalan Flora Utama 1, Taman Flora Utama 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Credit from: Official FB @BangsawanRestaurantBP

357 views0 comments

Comments


bottom of page