1) Bp Chop
Restoran BP Chop yang terletak di Taxi Stand Lama ini menyediakan makanan western dan masakan Malaysia yang lain. Restoran ini ditubuhkan dari tahun 2010, dan masih beroperasi sehingga sekarang. Antara makanan western yang popular di restoran ini, antaranya ialah chicken chop dan grill chicken chop mereka yang disimbah dengan sos black paper yang sedap dan lazat. Malah, pelanggan juga boleh memesan makanan Malaysia yang dijamin sedap. Harga yang dikenakan juga bersesuaian dengan portion makanan yang banyak dan harga yang mampu milik.
Address: Taxi Stand Lama, Jalan Omar, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu Operasi: Setiap Hari
Credit: BP Chop | Facebook
2) Ramly Cafe
Café ini menjadi tumpuan penduduk Batu Pahat kerana kedudukan mereka yang berada di bandar Batu Pahat, serta terdapat busking yang memeriahkan lagi suasana tempat makan tersebut. Café ini menyediakan makanan western dan makanan Malaysia, dimana mereka dapat menikmati makanan mereka di suasana luar sambil mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh busking tersebut. Antara makanan yang menjadi kegemaran pelanggan adalah roti cheese kentang, tahu tempe, set meatball, set chicken chop dan set grill chicken dan pelbagai lagi.
Address: BP Walk, Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (4.00 pm – 9.30 pm)
Credit: Ramly Café | Facebook
3) TWS The Windmill Station
Restoran ini sangat terkenal dengan makanan mereka yang sedap dan suasana restoran yang selesa. Restoran ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan meja yang banyak untuk keselesaaan pelanggan. Kedaan restoran yang sentiasa bersih setaraf dengan restoran di hotel juga turut menarik pelanggan untuk datang dan makan di restoran ini. Restoran ini menyediakan makanan western dan makanan Malaysia, dimana pelanggan boleh memilih menu makanan mengikut cita rasa pelanggan. Makanan western dan Malaysia yang disediakan juga murah dan portion makanan yang banyak. Anatara makanan western yang popular di restoran ini adalah set burger, set chicken chop dan set chicken grill mereka. Restoran ini juga sesuai sebagai tempat mengadakan sesuatu majlis.
Address: 25 & 27 Jalan Murni 11, Taman Murni, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 10.30 pm)
4) Daddy Village Restaurant
Resturan Daddy Village ini dtubuhkan pada tahun 1994. Restoran ini dimiliki oleh pengusaha cina dan menyediakan pelbagai jenis masakan Malaysia dan Western sambil mementingkan kualiti makanan dan hospitality yang mereka sediakan. Restoran ini diiktiraf Halal oleh Jabatan Agama Islam. Antara menu makanan yang ditawarkan ialah Chicken Chop, Fish Steak, Lamb Chop dan sebagainya. Makanan Malaysia yang popular pula Nyonya Chicken, Salted Fried Rice dan Kampung Fried Rice. Harga yang dikenakan juga murah dan berbaloi.
Address: 18 & 20, Jalan Kundang 3, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)
Credit: @daddyvillage | Facebook
5) Fatt Western
Restoran ini terkenal dengan pelbagai hidangan yang disediakan kepada pelanggan. Saiz hidangan mereka yang besar memang akan mengenyangkan perut pelanggan. Set makanan western mereka yang dipenuhi dengan sos cheese memang lazat. Manakala set pasta yang menggunakan seafood dalam masakannya, semestinya menghasilkan makanan yang sedap. Pelanggan dapat menikmati dan mencuba semua menu makanan dan tidak akan terasa jemu dengan makanan yang dihidangkan oleh restoran ini kerana pelbagai set menu makanan yang disediakan dari western, makanan melayu, nasi lemak, burger dan roti john disediakan.
Address: No 14, Jalan Emas, Taman Emas, 83000 Batu Pahat, Johor.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5.00 pm – 11.30 pm)
Comentarios