top of page

Tempat Makanan Yang Menarik Di Ipoh🍽️.

Updated: May 30, 2022







1) Miker Food


Anda rasa Pizza Hut dah cukup sedap? Mai cuba makan pizza di Miker Food pula. Mengeluarkan bauan yang menggoda, kerak pizza ini terlampau lazat, apabila digigit terus terasa kepaduan kejunya. Dah puas mencuba pizzanya, ada banyak lagi menu lain yang mesti anda nikmati seperti chicken chop, tom yam nyior ketam, nasi goreng dan banyak lagi. Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat lanskap indah yang disajikan di depan mata iaitu padang Ipoh dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar. Jika anda bercadang untuk ke sini, elakkan daripada datang selepas pukul 9 malam kerana kemungkinan pizzanya dah licin. Sedih pula tak dapat merasa menu utamanya.


Address: Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak

Credit: Miker Food | Facebook








2) Restoran M Salim


Tercari-cari mana kedai makan yang menyediakan hidangan kari kepala ikan dengan rasa yang betul-betul asli? Mai singgah makan di Restoran M Salim. Bukan itu sahaja, ayam goreng berempahnya tidak kurang sedapnya. Apa sahaja lauk yang ditawarkan di sini boleh dimakan bersama dengan nasi briyani ‘Anarkali’atau nasi briyani daripada gred yang terbaik, ya, nasi ini sudah cukup enak walaupun dimakan kosong. Tapi kenapa nak makan tanpa lauk pula kan? Lebih-lebih lagi bila lauknya dimasak dengan enak, apa sahaja hidangan yang diambil sama ada, ayam atau kambing, kesemuanya dimasak dengan sempurna sehingga lembut. Selain nasi briyani, hidangan lain juga tak kurang menariknya seperti murtabak, roti canai dan juga mee goreng.


Address: 2, Jalan Che Tak, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Credit: Restoran M Salim | Facebook









3) Eight Miles Burger Banjir


Cara burger dihidangkan di Eight Miles Burger Banjir ini memang unik. Tapi keunikan inilah yang memaksimakan keenakan burgernya. Setiap hidangan burger dibanjiri dengan sos black pepper yang sangat sedap. Bukan setakat burger ayam dan daging lembu, burger rusa dan arnab pun ada! Selain burger, makanan lain yang boleh dicuba adalah fish & chips, breaded chicken chop (ayam digoreng dengan serbuk roti), lamb chop dan full tank (gabungan daging burger, fries, coleslaw, sosej, red bean dan telur). Dengar pun dah kenyangkan? Apatah lagi bila menikmatinya sendiri, memang sesuai untuk dilawati ketika perut menggerodak kelaparan.


Address: Kampung Melayu, 31250 Tanjung Rambutan, Perak

Credit: Eight Miles Burger Banjir | Facebook








4) Restoran Warteg Ipoh


CafĂŠ ini menyediakan masakan panas bergoreng dan juga makanan western untuk santapan pelanggan. Antara signature makanan yang kerap menjadi permintaan pelanggan ialah nasi chicken butter, nasi goreng chicken cop, dan indo mee goreng chicken chop. CafĂŠ ini menjadi tarikan pelaggan bukan sahaja kerana makananya yang sedap bahkan harga makanan juga turut murah. Ianya amat berbaloi bagi pelanggan untuk menjamu di cafĂŠ ini.


Address: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Credit: Warteg Ipoh | Facebook









5) Nasi Ganja @ Nasi Kandar Ayam Merah


Kalau ke Ipoh, tidak lengkap jika anda tidak merasai keenakan nasi ganja yang terletak di dalam Restoran Yong Suan di Jalan Yang Kalsom. Nama nasi ganja sebenarnya diberi oleh pelanggan kerana ia membuatkan orang ‘ketagih’ akan rasa kelazatan hidangan ini. Nama sebenarnya ialah Nasi Kandar Ayam Merah. Restoran ini sebenarnya telah beroperasi sejak sebelum merdeka dan kini diusahakan oleh generasi ke-4 dengan mengekalkan konsep dan resipi yang sama.


Address: 4, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Credit: Nasi Ganja & Kedai Kopi Yong Suan | Facebook



2 views0 comments

Comments


bottom of page