Truly Two Café ialah sebuah kafe butik yang terletak di Bukit Baru. Milkshakes adalah yang paling laris di kafe ini. Kepelbagaian sos dan topping menjadikan milkshake unggul ini benar-benar satu daripada jenisnya di Melaka. Sama ada anda peminat coklat atau karamel, milkshake raksasa ini pasti akan membuatkan anda berasa sangat berpuas hati. Selain itu, mereka juga mempunyai pencuci mulut yang unik seperti San Marco Nutella Pizza dan French Miniature – crème brulee yang dihidangkan bersama ais krim vanila, choc mousse dan panna cotta. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan Stickek – kek keju di atas kayu yang di atasnya dengan coklat cair atau mana-mana topping pilihan anda! Topping lain termasuk Lemon Meringue dan Chocolate Madness - gabungan Nutella, Kit Kat, Maltesers dan Cadbury. Terdapat juga pilihan yang lazat seperti salad makanan laut dan nacho ayam cheesy.
Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, Melaka, 75150 Melaka.
Credit: @trulytwocafe.my
Seperti yang kita semua tahu, Melaka memang negeri yang terrrrrrrsangatlah famous amos dengan minuman yang menarik seperti Mango float dan Coconut shake! Jadi kami ingin bagitahu anda pasal tempat khas buat kengkorang yang sukakan buah Durian, iaitu Durian Float Station 17 di Umbai. Kat sini ada jus durian float dengan ais krim. Basically, dia memang watak utama lah kat sini. Selain dari durian ada juga terdapat beberapa minuman menarik lain yang di jual disini ! Sebagai contoh Avocado Float, Mango Float, Coconut Shake dan Cendol! Buah-buahan disini akan dikisar dan dijadikan air setelah anda memesannya untuk mengekalkan kesegaran dan kepekatan perisa buah itu!
Alamat: Durian float station 17, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.
Credit: @Durianfloatno1melaka
Kedai yang pernah viral suatu ketika dahulu dengan air buah mangga yang dikisar segar bersama dengan ais, Mango Float Royale. Bukan setakat itu saja, beberapa potongan buah manga dan juga ais krim vanilla juga akan dijadikan topping air itu. Air manga ini sangat sesuai untuk dinikmati ketika cuaca panas. Makanan sampingan seperti meatball, jagung grill, mee kari, kuih-muih juga dijual di gerai-gerai yang ada di situ.
Alamat: Mango Float Royale Melaka Sungai Putat Batu Berendam ,75350, Melaka.
Credit: @mangofloatroyale
Berpeluh-peluh di bawah sinaran mentari Melaka? Mari datang ke Klebang Original Coconut Shake yang terletak berdekatan Jalan Klebang Besar untuk menyegarkan badan. Coconut shake klebang ini dianggap salah satu minuman lazat yang dihasilkan untuk mengatasi cuaca panas di Malaysia. Dapat menikmati air kelapa yang dicampurkan denga hirisan kelapa segar bersama ais krim vanilla, peh nikmatnya lain macam! Dahaga dah hilang tapi rasa lapar pula? Jangan risau di dalam kedai ini ada jugak menjual makanan seperti mee goreng, nasi lemak dan banyak lagi.
Alamat: Lot 130 Solok Kampung Bahagia 75200 Melaka 75200 Malacca City, Malacca, Malaysia.
Credit: @KlebangOriginalCoconutShake
Terletak di Bukit Baru Utama Melaka, Chogodak Chocolate Café baru sahaja dibuka pada tahun awal tahun 2021. Seperti namanya, hampir semua menu di Chogodak Chocolate Café ini berasakan chocolate. Antara menu signature mereka yang korang patut cuba adalah Hang Dulgence, Hang Doyan Crepe, Hang Chocorea dan banyak lagi! Hang Doyan Crepe ini sebenarnya adalah durian crepe yang dihidangkan bersama chocolate, pelik bukan ? Tapi anda harus mencubanya kerana ini adalah suatu makanan fusion yang unik dan sedap! Bagi peminat benda manis dan chocolate di luar sana , Chogodak Chocolate Café ini wajib jadi salah satu kedai kegemaran anda untuk menikmati chocolate dan benda manis!
Alamat: No 45, Jalan PNBBU 4, Pusat Perniagaan Bukit Baru Utama, 75150 Bukit Baru, Melaka.
Credit: @chogodakchocolatecafe
Comments