top of page

Kedai Pastry, Bakeri dan Kek yang Sedap di Melaka🍞🥨.



Sebut sahaja kedai kek di Melaka yang best, pasti kedai Duchess of Cake ini akan tersenarai. Kek yang disajikan di kedai ini merupakan hidangan yang menjadi rebutan ramai, membuktikan yang ianya dijamin sedap. Jenis kek yang disediakan ada bervariasi, dari kek cawan ke kek yang bertingkat-tingkat, semuanya ada. Kek Pandan Gula Melaka, Classic Victoria Sandwich, Devils Chocolate, Pecan Butterscotch dan Lotus Biscoff merupakan antara yang terlaris. Manis, berkrim dan semestinya berkualiti tinggi. Untuk kek cawan pula, anda wajib cuba Salted Caramel, Speculoos, Chocolate Oreo, Red Velvet dan Ferrero Rocher. Bersaiz sederhana besar, kek cawan di sini berharga sekitar RM6.


Alamat: No 6, Jalan Bpm 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka.

Credit: @theduchessofcake | Facebook





Jika anda ingin mencuba kekdan kek, apa kata kunjungi Aniss Kek House di Bukit Baru Utama Melaka. Kedai ini menyajikan pelbagai jenis kek dan kek lapis yang semestinya menggamit selera. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai kek ini, kami yakin anda pasti akan terpegun melihat barisan kek yang cantik-cantik dan harum aromanya. Anda boleh pesan kek Rainbow Slice, Pecan Butterscotch Slice, Pandan Layer Slice, Macadamia White Slice dan Black Forest Slice. Berbagai citarasa, pasti kena dengan tekak anda. Selain itu, harganya juga berpatutan dengan kualiti hidangan.


Alamat: No 5, Jalan PNBBU 1, Pusat Niaga Bukit Baru Utama, 75350 Bandar Melaka, Melaka.

Credit: @Anisskekhouse





Bukan mudah untuk mencari bakeri yang menawarkan kek yang harganya berpatutan dan rasanya enak seperti Muslimah Bakery yang terletak di Taman Pertam Jaya ini. Kek yang terlaris di kedai kek ini ialah kek Chocolate Indulgence. Pekat, kemanisan yang secukupnya dan kaya dengan coklat yang rasanya seperti coklat premium. Alang-alang murah, pesan sahaja whole cake mereka. Pasti puas hati! Selain itu, anda juga boleh menempah kek untuk hari jadi. Swiss roll, kek mentega, mufin dan kek cawan pelbagai topping dan perisa juga boleh dipesan. Memang beraneka!


Alamat: No.41, Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka.

Credit: Muslimah Bakery | Facebook





Nadeje Plaza Mahkota, nama patisserie yang sudah tidak asing lagi di Melaka. Kek yang disajikan di kedai ini merupakan hidangan yang menjadi rebutan ramai, membuktikan yang ianya dijamin sedap. Mula beroperasi sejak tahun 2006, kedai kek ini menyediakan pelbagai jenis kek. Anda boleh cuba kek Premium Black Forest, Green Tea, Musang King Durian, Red Berries Dream dan Malacca. Selain kek biasa, mereka juga turut menyediakan kek mille crepe. Mango Yogurt, Royal Milk Tea, Strawberry dan Chocolate merupakan antara jenis yang anda boleh nikmati. Enak berkrim, pasti mencuri hati.


Alamat: Lot G, 23 & 25, Jalan Mp4, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.

Credit: @nadejefans | Facebook





Italy Bakery ditubuhkan pada tahun 1986 dan cawangan di melaka ada dua iatu di Melaka Raya dan Bachang. Mereka pakar dalam semua jenis kuih muih, pastry dan sebagainya dari seluruh dunia. Antara jenis yang ada adalah croissant, cream puff, donat, bun dan tart. Anda patut cubakuih terlaris mereka iaitu Portuguese Egg Tart. Semua kuih ini dibuat dan dibakar pada hari yang sama jadi anda dapat rasa kepanasan dan kesedapan kuihnya. Mereka adalah salah satu kedai roti tertua yang ada di Melaka yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam industry kek dan pastri!


Alamat: No 590, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka.

Credit: @ItalyBakeryMelaka


15 views0 comments
bottom of page