top of page

Port Best Breakfast di Melaka yang Wajib Anda Cuba 🌄!!!





Roti canai kayu arang ni adalah salah satu tempat makan viral di Melaka. Sebut je roti canai kayu arang, mesti ramai yang tau. Kenapa dia panggil roti canai kayu arang? Seperti nama kedai ini, roti canai yang disediakan dibakar di atas dapur arang dan bukannya dapur gas seperti yang biasa ditemui di kedai lain. Unik dan klasik! Selain roti canai biasa, ada juga roti canai nachos, roti tampal, roti bom, roti telur dan banyak lagi. Di samping roti, ada juga menu lain untuk memuaskan perut yang lapar seperti nasi lemak, aneka kuih-muih dan lain-lain lagi.


Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka.

Credit: @kayuarang99 | Facebook





Roti canai memang sedap dan mudah didapati di mana mana kedai. Tetapi pernah ke anda mencuba roti canai burrito? Ini lah menu yang paling digemari orang ramai di Barakah Corner di Kampung Lapan. Apa yang menarik tentang Roti Canai Merecik Special aka Roti Canai Buritto ialah inti roti canai iaitu telur dadar dan ayam goreng berempah yang sangat melazatkan. Satu resepi yang telah diangkat satu tahap yang lebih tinggi dengan menampilkan elemen ‘fusion’ ala masakan Barat. Jika anda mahukan sesuatu yang extra, anda juga boleh mendapatkan Roti Canai Cheese Merecik yang mempunyai tambahan keju sebagai inti dan juga topping. Juadah lain juga turut disediakan di kedai ini.


Alamat: 8272 Barakah Corner, Jalan Pandan, Kampung Lapan, 75250 Melaka.

Credit: 8272 Barakah Corner | Facebook





Warung Caun yang terletak di Jambatan Duyung ini juga merupakan antara tempat sarapan pagi di Melaka yang sering diserbu orang ramai. Menu yang menjadi tarikan ramai di sini ialah lempeng balak. Agak unik kerana zaman sekarang ramai orang mencari “Pancake” daripada lempeng Lempeng Balak ini disalut dengan parutan kelapa dan dibanjiri dengan sirap gula melaka, memang sedap! Selain itu, menu lain seperti lontong goreng dan nasi lemak juga boleh didapati.


Alamat: 13891, Jalan Bukit Katil, Kampung Tengah, 75460 Melaka.

Credit: Warung Caun | Facebook





Nak breakfast mee yang simple dan sedap? Singgah sahaja di restoran Mee Goreng Hassan yang terletak di Jalan Tengkera ini. Mee Goreng Hassan ni terkenal dengan menunya iaitu Mee ‘Bodo’ yang popular di kalangan penduduk Melaka. Menunya cukup ringkas, mee goreng yang dipadankan dengan telur, timun dan sambal. Walaupun nampak ‘simple’, namun keunikan rasanya membuatkan ramai yang ketagih untuk ke sini. Sambalnya juga digilai ramai, rugi jika tak cuba!


Alamat: 390, Jalan Tengkera, Kampung Lapan Tengkera, 75200 Melaka.

Credit: Mee Goreng Hassan Tengkera | Facebook





Perhentian Kuih Kampung ni memang terkenal dengan perbagai jenis kuih muih traditional yang beraneka jenis dan rasa dia pun sedap-sedap. Tak sah kalau ke Melaka tak singgah disini. Ini seperti syurga bagi seseorang yang gemar menikmati manisan dan kuih tradisional Melayu. Terdapat pelbagai pilihan kuih seperti Kuih Keria, Karipap, Kuih Cara, Buah Melaka, Apam dan banyak lagi. Terdapat juga Nasi Lemak (nasi kelapa bersambal), Asam Pedas dan Bihun Goreng juga. Tambahan pula, semua kuih itu datang dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Perhentian Kuih Kampong, Lot 202, Jalan Ujong Pasir, Kampung Atap, 75050 Melaka.

Credit: @perhentiankuihkampongofficial | Facebook





Menu istimewa ‘Mi Kari Daging Selambak’ merupakan hidangan utama dijual di warung Asiah Aris yang menjadi rebutan pelanggan. Warung ini terletak di Pasar Besar Transit Melaka, berhampiran Melaka Sentral. Mi Kari Daging Selambak ini hanya satu saja di Melaka dan ia tidak sama dengan mi kari yang sering dijual di kedai lain kerana ramuan rahsia yang menjadikan pelanggan sering datang ke sini. Keunikan inilah yang menjadi tarikan utama sehingga ramai pelanggan datang termasuk pengunjung luar negeri. Sesuai dengan namanya, mi kari yang ada di gerai ini dilengkapkan dengan timbunan daging yang banyak.


Alamat: Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jalan Tun Fatimah, Kampung Bachang, 75350 Bachang, Melaka.

Credit: Warung Asiah Aris | Google Maps



3 views0 comments
bottom of page