top of page

Port Lepak Best di Melaka yang Ramai Tak Tahu😮!!!




Mangio Café adalah kafe yang khususnya menjual makanan barat, ia terletak di Jalan Hang Tuah dan berhadapan dengan Hotel LaCrista ini sangat senang untuk diakses dan banyak ruangan parkir kereta. Café ini adalah antara kafe yang pernah viral suatu ketika dahulu dengan makanan mereka yang sedap dan unik. Beberapa makanan yang paling laris dijual dan viral dahulu adalah Meaty Nachos, Aglio Olio Chicken Grilled, Nasi goreng Udang/Daging Selambak dan banyak lagi. Anda haru cuba menu Meaty Nachos Mereka, padat dengan isi daging, nachos dan sos keju. Dengan harga yang berpatutan, portion makanan mereka untuk setiap hidangan sangat berbaloi dan banyak!


Alamat: No 85, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Credit: Mangio Cafe Melaka | Facebook






2) Waronk

Untuk anda yang memang suka layan cafe masa cuti, jangan lupa singgah Waronk kalau ke Melaka. Dalam banyak banyak port makan kat kawasan Jonker Walk, ini yang satu-satunya halal dan tukang masaknya Melayu. Jadi boleh makan tanpa ragu ragu. Waronk ini berkonsepkan macam food court gaya 60an. Tempat ini mempunyai hampir 100 menu ala carte yang anda boleh pesan dari gerai gerai yang ada— dari Melayu dan Western sampai lauk Cina. Jika anda dating waktu malam, anda dapat menikmati lampu dengan pemandangan sungai dan river cruise Melaka yang cantik sambal makan. Pada hari jumaat dan hujung minggu pula, terdapat hiburan live band yang anda boleh layan!


Alamat: No 118, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka.

Credit: Waronk Avenue | Facebook






Ditubuhkan pada 2014, pemilik Cofeology membuat keputusan untuk berkhidmat kepada masyarakat Melaka dengan menyediakan suasana yang selesa untuk pengunjung Muslim untuk menghirup kopi berkualiti dan menikmati hidangan tempatan. Terletak di Bukit Beruang, kafe ini menjadi pilihan ramai pengunjung untuk bersantai sambil menikmati hidangan sedap bersama orang-orang tersayang. Hidangan yang harus anda cuba di kafe ini adalah nasi lemak dan milkshakes. Selain itu, tarikan menarik di kafe ini adalah persembahan live band yang menyenangkan hati ramai pengunjung. Jika anda mahu release stress kunjungi lah ke kafe ini! Kami akan mengesyorkan Cofeology Waffle Tower - timbunan wafel tiga lapis dengan karamel dan beri. Setelah anda selesai makan, cubalah pilihan kopi artisanal yang berbeza dan makanan ringan di sana.


Alamat: 21 - 23 Cofeology Grand Boulevard, Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Credit: @cofeologycafe






Anda nak lepak makan dengan kawan-kawan dan taktahu nak makan apa? Datanglah ke The Street Kitchen Kontena yang terletak di tepi jalan Bandar Bukit Baru. Di waktu malam, kedai ini mempunyai view yang sangat cantik dan cukup sesuai untuk korang yang sangat suka bergambar. Terdapat hampir 200 menu masakan barat, asia, Indonesia dan juga street foods! Kedai ini sangat sesuai jika anda datang beramai ramai kerana suasana dan keadaan di kedai ini sangat luas dan selesa. Mereka juga ada live band untuk hiburkan anda ketika makan.


Alamat: Lot 21553, Bandar Bukit Baru, Seksyen 5, 75400 Melaka.

Credit: @thestreetkitchenmlk | Facebook






Anda mencari kedai makanan barat yang murah dan berbaloi? Fullstop Coffee & Café adalah tempatnya. Terdapat pelbagai jenis makanan barat disini seperti chicken chop, burger, pasta dan lain lain. Kalau anda nak tahu, chicken chop disini dijual dengan tanda harga rm 6, murah kan? Kat mana lagi anda nak jumpa chicken chop dengan harga sebegini murah! Servis disini sangatlah cepat dan pekerja mereka juga sangat ramah. Dahlah portion setiap makanan banyak dan ada juga satu hidangan untuk seorang tu anda boleh berkongsi dua orang dan kenyang setelah habis makan.


Alamat: Jalan Pengkalan, Kampung Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Credit: Fullstop Coffee & Cafe | Facebook

23 views0 comments
bottom of page