top of page
Writer's pictureAdmin Findbulous

Steamboat & Grill di KL yang Boleh Anda Cuba🍲!!!!



Restoran ini menyediakan masakan steamboat & grill, antara makanan steamboat yamng disediakan seperti seafood, makanan instant, sayuran, daging, ayam, dan mee. Restoran ini memberi banyak pilihan bagi perapan grill, antaranya: perapan daging, perapan ayam dan perapan seafood. Tersedia juga homemade sos pada para pelanggan sebagai pelengkap steamboat dan makanan grill. Harga masuk yang dibayar pelanggan amat berbalai dengan pelbagai makanan yang disediakan.


Address: CC66, 67,68 & 69 Concourse Floor, Tropicana Gardens Mall, 47810 Petaling Jaya.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Credit: pakjohn.ytf | Facebook






Rot Thai Buffet menyediakan steamboat dan grill ala thai, dimana kesemua makana dimasak dengan resepi thai malahan bahan mentah dan barang masakan turut diimport dari sana. Pelbagai masakan panas dan dessert turut disediakan kepada pelanggan untuk menjamu makanan bersama steamboat & grill.


Address: No G-35, Maxim Citylights, 51000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (4.00 pm – 12.00 am)

Credit: @Rotthaisentul | Facebook







Restoran ini menyediakan pelbagai juadah makanan yang bergoreng, seafood, dessert mahupun grill. Harga yang dikenakan juga murah per individu mengikut umur. Pelanggan boleh makan sepuasnya dan merasa makana panas, seafood steamboat, dan juga grill bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan kawan-kawan. Suasana yang riuh rendah di restoran ini menambahkan lagi keceriaan suasana semasa makan di sini.


Address: Lot 3662-A, Jalan Besar, Kg Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam, Selangor.

Credit: Monster Planet Grill & Steamboat | Facebook







Restoran ini menyediakan makanan hot pot daripada top quality daging lembu australian dan daging kambing beserta sayuran-sayuran segar kepada pelanggan. Resepi masyarakat Jepun yang dibawa ke negara Malaysia ini diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dapat mencuba masakan steamboat yang disediakan oleh orang Jepun. Menikmatinya bersama ahli keluaraga, rakan sekerja dan rakan yang lain bagi menambah keseronokan makan secara buffet ini.


Address: L2.042, Second Floor, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Credit: Suki-Ya Restaurant My Town | Facebook







Restoran BBQ ini menyediakan makanan BBQ Thai dan shabu-shabu Japanese menggunakan resepi tradisional thai dan japanese mereka sebagai menu makanan utama kepada pelanggan. Makanan yang turut menjadi perhatian pelanggan juga adalah Vegetable Bar mereka yang mengandungi pelbagai jenis sayuran segar disertakan dengan sup dan homemade sushi. Restoran ini menyediakan homemade sauce dari resipi Japan dan tradisional Thailand untuk membawa rasa dan keunikkan yang baru pada bbq mereka.


Address: BBQ Town, Level 2, Northcourt Midvalley Megamall, Kuala Lumpur.

Credit: @bbqtownmalaysia | Facebook







Restoran The Khan merupakan Mongolian restoran BBQ dan steamboat di area KL. Restoran ini menyediakan 4 base sup yang digunakan untuk steamboat, antaranya: sup ayam, sup tomyam, sup pedas, dan double sup. Istimewanya restoran ini, mereka membenarkan pelanggan untuk refill sup secara percuma. Makanan panas lain turut tersedia di restoran ini. Pelanggan dapat menikmati makanan dan resipi dari masyarakat Mongolian dengan harga yang berpatutan di Kawasan KL ini.


Address: PV 128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (5.00 pm – 12.00 AM)

Credit: @TheKhanMr | Facebook

0 views0 comments

Related Posts

留言


bottom of page