top of page

Tempat Makan Malam di KL yang Anda Harus Cuba😃.

Updated: Apr 26, 2022



1) Satay Capitol 1951

Restoran Satay ini telah beroperasi lebih dari 60 tahun, ia terkenal dengan kelembutan satay mereka dan rasanya yang seakan lain dari rasa stay yang lain. Restoran ini menitik beratkan bahan yang berkualiti dalam menghasilkan satay mereka. Daging yang digunakan merupakan daging batang pinang yang menambah lagi rasa kesedapan satay tersebut.


Address: No 25, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3.30 pm – 11.45 pm)







2) Langgaq

Restoran ini menyediakan makanan authentic Kedah yang terletak di Kuala Lumpur. Restoran ini memperkenalkan makanan Kedah kepada warga Kuala Lumpur dimana makanan popular mereka adalah sup Utara, Bihup Sup, CharKuey Tiow, Mee Rebus dan lain-lain lagi. Makanan authentic mereka menjadi tumpuan pelanggan kerana membawa resepi dan rasa yang terimbau ketika berada di kampung halaman.


Address: No 27, Jalan AU2/17, Taman Seri Keramat, Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 10.30 pm)







3) Nasi Lemak Wanjo

Restoran nasi lemak ini merupakan restoran nasi lemak pertama yang menjual nasi lemak kukus di Kawasan Bandaraya Kuala Lumpur ini. Restoran ini ditubuhkan pada tahun 1963. Restoran ini menggunakan resepi warisan turun-temurun mereka dalam menghasilkan nasil lemak kukus mereka. Keadaan restoran yang bersih dan lauk-pauk mereka yang sedap menambah lagi tarikan pelanggan untuk datang menjamu nasi lemak kukus mereka.


Address: No 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (3.00 pm – 5.00 am)







4) Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai

Bagi peminat ikan patin tempoyak, Restoran Gobang Maju ini terkenal dengan masakan patin tempoyak mereka di Kawasan Kuala Lumpur ini. Harga lauknya yang murah dan turut menyediakan pelbagai masakan panas dimana pelanggan boleh mencuba lauk-pauk yang lain. Hanya bahan mentah yang segar sahaja yang digunakan dalam masakan.


Address: No 19, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (3.00 pm – 9.30 pm)







5) Nasi Ayam Chee Meng

Restoran nasi ayam ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 di Jalan Lama, Klang, yang menjual authentic Nasi Ayam Hainan dan bubur. Restoran ini dinamakan ‘Chee Meng Kai Fun’ pada awak penubuhannya sebelum ditukar kepada ‘Nasi Ayam Chee Meng’. Restoran ini telah diiktiraf ‘Halal’ oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimana masyarakat muslim boleh makan di restoran ini tanpa ragu. Sekarang ini, pelbagai makanan Malaysia juga boleh didapati di restoran ini yang dipadankan bersama ayam Hainan mereka.


Address: No 50, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00 am – 7.30 pm)

Jumaat – Ahad (11.00 am – 8.30 pm)







6) Nasi Kandar Mohd Yaseem

Nasi Kandar Mohd Yaseem merupakan restoran yang menyediakan masakan authentic Penang iaitu Nasi Kandar mereka yang boleh dimakan bersama pelbagai lauk pauk. Nasi Kandar mereka yang kaya dengan rempah asli dan beraroma dapat menarik perhatian pelanggan di Kawasan Kuala Lumpur untuk mencuba masakan authentic dari Penang ini. Nasi berempah yang disimbah dengan pelbagai kuah dari kuah sambal, kuah kicap kepada kuah kari mereka yang memberikan rasa yang unik apabila digaul rata dan dimakan bersama ayam goreng crispy mereka.


Address: Jalan Tunku Abd Rahman, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari







7) Suraya Seafood

Restoran Suraya ini merupakan restoran ala Kelatanese-Thai, yang menyajikan makanan - makanan Kelatan dan Thai. Restoran Kelantanese-Thai ini terkenal dengan makanan seafood mereka dan tomyam yang sedap dan kaya dengan rasa. Harga yang dikenekan bagi setiap makanan juga sangat berpatutan diantara harga RM4.50 hinggan Rm7.00, manakala harga bagi ikan dan seafood yang lain mengikut harga pasaran. Makanan popular di restoran ini ialah Steamed Siakap, Ayam Bakar, Sotong Masak Pedas,dan Pulut Mangga.


Address: Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (7.30 pm – 12.30 am)

2 views0 comments
bottom of page