top of page
Writer's picturefizreeaiman01

Makanan Menarik Di Cameron Highland😮!!!

Updated: May 30, 2022




1) Strawberry Cottage (Cameron Square)


Strawberry Cottage adalah sebuah kafe moden yang terletak di dalam shopping mall Cameron Square. Apa yang menjadikan kafe ini menarik adalah kerana tawaran kek-keknya yang sungguh menyelerakan dan yang penting unik daripada yang biasa kita dengar. Mana tak uniknya, antara kek yang ada adalah seperti kek cendol dan kek nasi lemak berkeju. Tak rasa teringin ke nak cuba? Review yang diterima untuk kek yang rare ini juga adalah rata-ratanya positif. Selain kek ini, kek lain yang ada adalah seperti kek Oreo, Matcha Tiramusu, Chocolate Belgium, Chocolate Moist dan sebagainya. Sambil makan, anda boleh membasahkan tekak dengan minuman seperti Strawberry Tea atau Vanilla Latte.


Alamat: Lot G-13, Cameron Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100, Pahang

Credit: Strawberry Cottage






2) Nolina Restaurant

Nikmati pelbagai jenis hidangan tempatan yang menyelerakan dalam harga yang cukup berpatutan di Nolina Restaurant. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan untuk sarapan pagi dan juga tengahari. Sekiranya anda datang pada waktu pagi, menu yang ada adalah seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng kampung dan banyak lagi yang boleh dinikmati bersama dengan ayam goreng berempah yang disediakan panas-panas dari dapur. Bukan itu sahaja, roti canai pun ada! Dengar cerita, roti canai di kedai ni tak kurang enaknya.


Alamat: Lot 89, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands, Pahang

Credit: Nolina Restaurant






3) Pizzarella


Tiada yang lebih mengasyikkan daripada pengalaman menikmati pizza panas di dalam cuaca yang dingin dan berangin di Cameron Highlands. Apa sahaja yang anda order seperti pizza pepperoni, pizza nenas atau bermacam lagi masakan western lain, segalanya dihidangkan fresh dari dapur dengan menggunakan ramuan terbaik. Restoran yang bernama Pizzarella ini mendapat banyak pujian daripada pelanggan disebabkan keenakan rasa hidangan yang ada, bukan sahaja kerana pizzanya tapi juga kerana banyak lagi hidangan lain seperti chicken chop, spaghetti aglio olio, mushroom soup dan banyak lagi.


Alamat: Cameron Fair, C-G-17, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Credit: Pizzarella






4) Highland Steamboat Cheese & Grill


Terletak di kawasan perumahan Cameron Jaya, restoran ini menyediakan pilihan tempat duduk outdoor di mana anda boleh menikmati hidangan sambil menghirup udara luar yang segar. Pengalaman menjadi bertambah sempurna sebaik menghirup sup tom yam panas yang disediakan untuk dinikmati bersama steamboat. Bagi memenuhkan meja makan, anda boleh memilih daripada aneka hidangan yang ada seperti pelbagai jenis perapan (ayam, kambing, daging), sayur-sayuran yang segar, pelbagai jenis makanan laut seperti udang, kepah, lala, ketam, pelbagai jenis bebola, nasi goreng, mihun goreng dan sebagainya.


Alamat: Robinson Falls, jalan, Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Credit: Highland Steamboat Cheese & Grill






5) Misokimchi Tanah Rata


Jika anda peminat budaya Jepun dan Korea serta makanannya, jangan lupa untuk mencuba Misokimchi Tanah Rata, sebuah restoran Jepun dan Korea yang halal, berkonsepkan hotpot dan steamboat. Set hotpot dan steamboat ini dikira dalam bentuk set, yang dipanggil Korean Army Pot, dan bukan berbentuk buffet seperti kedai-kedai steamboat biasa. Ini kerana, mereka turut menyediakan pelbagai makanan a-la carte untuk anda. Makanan seperti ramen, topokki, nasi kimchi, bento set dan macam-macam lagi sangat berbaloi anda cuba.


Alamat: Cameron Fair, C-G-9, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000, Pahang

Credit: Misokimchi Tanah Rata

11 views0 comments

Related Posts

Comments


bottom of page