top of page

Tempat Sarapan yang Anda Wajib Cuba di KL🍽️.



1) Nasi Lemak Saleha

Restoran ini merupakan restoran yang paling famous di Kuala Lumpur oleh kerana aroma nasinya yang harum dan teksturnya nasinya yang gebu berjaya menambat perhatian pelanggan untuk datang lagi dan sarapan di restoran ini. Antara lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi lemak ini adalah, rendang daging, sambal sotong, ayam goreng dan banyak lagi.


Address: No. 8, Jalan Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6am – 1am)






2) Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju

Sarapan di restoran sangat berlainana, dimana kita kebiasaannya akan sarapan mee goreng, nasi lemak, roti canai dan lain – lain lagi. Tapi di restoran ini, kita akan makan Nasi Kak Wook, dimana menu tersebut sama seperti Nasi Kak Wook di Kelantan. Nasi Kak Wok ini dimakan ketika saran oleh masayarat di Kelantan. Ia dimakan bersama dengan pelbagai lauk seperti gulai ikan tongkol, gulai ayam dan ayam goreng.


Address: No 19, Jalan Wangsa Delima 2a, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (8.00 am – 6.00 pm)





3) Lan Roti Canai

Sebut sahaja sarapan, pasti akan ada roti canai dalam menu tersebut. Restoran ini menyajikan roti canai dan pelbagai lagi makanan lain untuk sarapan pagi. Makanan yang popular di restoran ini adalah roti canai mereka, dimana roti canai mereka mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Roti canai ini akan dimakan bersama kuah kari atau kuah dal. Kedau- dua kuah tersebut mempunyai tekstur yang pekat dan ianya memang sedap apabila dimakan bersama dengan roti canai.


Address: No 20, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 11.00 pm)






4) Nasi Lemak Tawaf 1 Malaysia

Restoran ini tidak asing seperti restoran yang menyediakan sarapan pagi yang lain, iaitu menjual makanan malaysia yang tidak lekang kita dengar yakni nasi lemak. Tetapi restoran ini menyediakan pelbagai lauk yang boleh dimakan bersama dengan juadah nasi lemak tersebut, dimana mereka menyediakan rendang daging, rendang kambing, dan rendang ayam. Jarang kita sekali kita melihat peniaga masak rendang, juadah ini hanya boleh didapati pada menjelangnya musim raya. Kini, kita pelanggan yang ingin menikmati juadah rendang bersama nasi lemak boleh datang ke Nasi Lemak Tawaf 1 Malaysia ini.


Address: No 1, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari,

  • Isnin (5.30 pm-12.00 am),

  • Selasa – Khamis (8.00am – 12.00 am),

  • Jumaat (8.00 am – 12.00 pm, 5.30 pm – 12.00 am)






5) Sri Nirwana Maju

Kebiasaannya kita apabila makan di restoran, mereka akan menyediakan pinggan untuk kita, tidak pula untuk restoran ini dimana merekan mnyediakan daun pisang untuk kita gunakan sebagai alas makanan. Makanan yang disediakan oleh restoran ini jugak agak berlainan dari restoran lain. Restoran ini dimiliki oleh peniaga India. Makanan yang disediakan dengan menggunakan resepi mereka yang tersendiri dan menghasilkan aroma yang wangi dari rempah ratus yang digunakan. Semestinya makanan yang disediakan adalah halal dan sedap belaka.


Address: No 43, Jalan Telawi 3, 59100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 2.00 am)


1 view0 comments
bottom of page