1. Ibadiba Bake Houseđ°
Ibadiba Bake House menjual pelbagai jenis kek, roti dan kuih-muih tradisional. Kedai ini terkenal dengan pavlova dan laksa johorâď¸đ Ia juga menjual makanan lain seperti mee rebus, spaghetti Bolognese dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan makanan yang ada di kafe ini sedap-sedap belaka dengan menu soto Johor yang mengancam!
Alamat: 12a, Jalan Rotan Batu, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: Official IG: @ibadiba_bakehouse, Official FB: @ibadiba.bakehouse
2. Kyra Bakeryđ§
Kyra bakery menjual pelbagai jenis kek! Harga juga agak bepatutan! Ada juga menu lain yang dijual di kedai ini seperti laksa, nasi lemak dan kuih-muih. Ia dikenali sebagai kedai yang menawarkan atau menjual kek bajet. Teksturnya lembut dan tidak terlalu manisâď¸
Alamat: No 21, Jalan Mengkudu, Taman Makmur, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: Official FB: @KyraBakery
3. My Bakery Story đ§
My Bakery Story merupakan kedai bakeri yang menyediakan pelbagai jenis kek dan pastri! Kedai ini juga pernah viral sekitar tahun 2019 kerana keunikan kedai yang berkonsepkan tema barat. Ia juga menjual 'crispy & soft'! egg tart dan 'fluffy's' Japanese cotton cheesecake âď¸đ
Alamat: 97, Jalan Sultanah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Credit from: FB: @kaptenFairuz, Official FB: @Mybakerystoryofficialpage, @yomaps.net, IG: ibadiba_bakehouse
4. D'Honey bakery đ§
Dâhoney bakery merupakan kedai roti muslim pertama di Batu Pahat yang manyajikan pelbagai jenis roti Taiwan 'Fresh & Soft' âď¸đ¤¤ Kedai ini sudah bertapak di Batu Pahat selama 10 tahun dengan hidangan istimewanya iaitu kek indulgence coklat! Mempunyai layer cheese, sponge cake, aiskrim di dalamnya! Kini kedai roti ini mempunyai dua cawangan di Batu Pahat!
Alamat: 10, Jalan Kristal 5, Taman Kristal, 86400 Parit Raja, Johor
Credit from: Official IG: @dhoneybakery, Official FB: @dhoneybakery
5. Mamasab Bakeryđ§
Semestinya ramai yang mengenali mamasab bakery! Seperti yang kita tahu, mamasab bakery ini terkenal dengan kepelbagaian brownies dan cheese tart bersama dengan topping yang agak banyak dan meleleh apabila dimakan. Sebelum ia bertapak di Batu Pahat, kebanyakkan pengunjung akan membelinya secara online. Namun sekarang anda boleh dapatkan di Batu Pahat sahaja dan tidak perlu membeli secara online. Tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang!
Alamat: 53-55, Jalan Universiti 6, Bandar Universiti, 86400 Parit Raja, Johor
Credit from: FB: Mamasab Bakery Parit Raja
Comments