top of page

Tempat Minuman dan Pencuci Mulut yang Menyegarkan!

Updated: Feb 8, 2022

1. Mokti’s Batu Pahat🍦


Mokti's merupakan kedai aiskrim yang baru sahaja menapak di Batu Pahat. Mokti's menyediakan pelbagai jenis aiskrim dengan pelbagai perasa❗️😍 Terkenal dengan menu aiskrim gula apong yang menggabungkan gula apong dan aiskrim! sesuai dimakan ketika waktu panas. Teksturnya sungguh 'creamy'❗

Alamat: Jalan Rahmat, Bandar, 83000 Batu Pahat, Johor

Credit from: FB:@moktishqmalaysia, IG: @moktishqmalaysia, FB:@moktisbp




2. Cendol Pak O🍨

Warung cendol Pak O merupakan gerai yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Batu Pahat dari pelbagai peringkat umur. Gerai ini sudah beroperasi selama berpuluh tahun dan pelbagai generasi. Cendol Pak ‘O’ menawarkan pelbagai jenis cendol dan ABC yang sesuai dimakan lagi lagi ketika waktu panas ❗️😍 Menu yang terkenal di sini adalah cendol kacang mereka😋


Alamat: No. 65-A, Jalan Rugayah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Credit from: @johorkaki, FB: Pak “O” Cendol




3. Richiamo Coffee🍻

Richiamo Coffee terletak di Taman Universiti, Sri Gading. Lokasi ini amatlah sesuai kerana berhampiran dengan universiti dan kolej serta pasaraya besar seperti Tesco. Menyajikan pelbagai menu kopi panas dan sejuk serta ice blended. Richiamo Coffee tampil setanding dengan kopi-kopi ‘kayangan’, namun menawarkan harga yang mampu milik❗️😍

Alamat: 64, Jalan Universiti 1, 86400 Parit Raja, Johor

Credit from: @Khadijah Adam, FB: @Richiamo.ParitRaja




4. Bubblebee Batu Pahat 🍯


Semestinya BubbleBee terkenal dengan minuman aiskrim yang berasaskan madu❗️😍Dengan adanya "Whipping cream" di atas minuman bubblebee akan membuatkan anda minum penuh berkrim di mulut. Tambahan lain, terdapat juga topping seperti conflakes madu bagi melengkapi minuman tersebut.


Alamat: 10, Jalan Flora Utama 1, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor

Credit from: @semakanonlineMY




5. My Kori🍨


My Kori best dimakan ketika waktu panas bagi melegakan kedahagaan tekak anda! Ia menyajikan pelbagai jenis makanan ringan jepun seperti signature toast atau dipanggil nama roti jepun. Café ini popular dengan menu kakigori iaitu sejenis ais kacang yang mempunyai pelbagai jenis topping, buah dan sebagainya❗️😍 Kenko Kakigori juga ada dijual di kedai ini iaitu sejenis makanan sihat yang dipenuhi dengan buah-buahan dan bijirin!

Alamat: 17, Jalan Persiaran Flora Utama, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor

Credit from: @MyKoriBatuPahat

120 views0 comments

Related Posts

bottom of page