top of page

Tempat Makanan Menarik yang ada di Melaka😊!!!



Tak kisahlah anda suka nasi ayam atau tak berapa suka, bila cuba sahaja Nasi Ayam Baba ni anda tak akan mampu tahan daripada jatuh cinta dengan nasi ayam, begitulah tahap kesedapannya. Rahsia kesedapannya dikatakan terletak pada ayamnya yang memiliki isi yang begitu lembut. Bukan hanya sedap, saiz hidangannya juga cukup mengenyangkan. Kedai ini bukan hanya terkenal dengan nasi ayam sahaja tetapi terkenal dengan asam pedas gearboxnya juga. Chicken Chop, mee wantan, mee cili kering dan burger juga ditawarkan di kedai ini. Harganya? Bakal membuat anda tersenyum.


Alamat: No 30, Jalan pegaga, Taman Merdeka Batu Berendam, 75350 Bandar Melaka, Melaka.

Credit: @NasiAyamBaba | Facebook





Dengan vibe seperti berada di Bali, Rumah Makan Cibiuk adalah sebuah restoran yang menarik untuk dicuba sekiranya anda ingin merasai masakan Indonesia yang dihasilkan sempurna. Memiliki cawangan di Indonesia, boleh dikatakan di sinilah antara kedai makan di mana anda dapat menikmati hidangan dengan rasa yang betul-betul asli dari negara seberang. Jenis-jenis makanan yang disajikan juga agak jarang didengar dengan nama seperti nasi timbel, nasi liwet, ayam bakakak dan banyak lagi. Dimakan pula dengan sambal dan ulam yang disediakan, memang tak rugi cuba.


Alamat: No 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Credit: @cibiukayerkeroh | Facebook






The Windmill Station adalah sebuah kedai makan selesa dengan pendingin hawa yang boleh anda singgahi sekiranya ingin menikmati pelbagai jenis makanan tempatan, western ataupun fusion (gabungan kedua-dua tempatan dan barat). Antara jenis hidangan yang ditawarkan adalah seperti black pepper chicken carbonara, spaghetti meatballs, bolognese, mac & cheese, fried chicken chop, lamb chop, sirloin steak, fish & chip dan banyak lagi. Untuk minuman pula, banyak milkshake best yang boleh dicuba. Atau mungkin juga anda perlukan kafein? Kopinya cukup kaw! Dengan keadaan kedai yang selesa, anda boleh menjadikan kedai makan ini sebagai port untuk merehatkan diri dan melapangkan fikiran selepas kepenatan berjalan.


Alamat: No 48 & 50, Jalan Melaka Raya 13, Taman Melaka Raya, 75000 Bandar Melaka, Melaka.

Credit: @tws.my | Facebook






Peminat yong tau fu? Kalau begitu, anda mesti singgah ke Yong Tau Fu Gelombang Biru yang terletak di Taman Bertam Perdana. Kedainya agak padat dengan orang ramai terutama pada musim cuti atau hujung minggu, tapi percayalah, penantian anda ternyata amat berbaloi bila hidangannya mula disuapkan ke mulut. Selain menawarkan pelbagai gabungan yong tau fu yang berbeza, dari daging hinggalah sayur-sayuran, hidangan lain yang turut ditawarkan adalah seperti otak-otak kempas dan juga nasi lemak.


Alamat: No 33, Jalan Bertam Perdana 9, Taman Bertam Perdana, 75250 Melaka.

Credit: @gelombangbiruyongtaufupulaugadongmelaka | Facebook






Warung makan yang legend, sudah bertapak lebih daripada sedekad di Melaka, Mee Sup Tengkera atau turut juga dikenali sebagai Mee Gian adalah sebuah warung makan yang terkenal dengan hidangan popia goreng dan popia basahnya. Dengan harga hanyalah dari RM1.40 setiap satu, anda boleh menikmati antara popia yang paling sedap pernah dirasai. Hidangan lain yang turut boleh ditemui di sini selain popia adalah mihun supnya yang juga merupakan menu utama di kedai makan ni. Supnya agak simple namun boleh ditambahkan dengan lada sulah dan sos soya untuk diperkayakan lagi rasanya. Hidangan lain yang ada di sini adalah seperti mee goreng, mee bodo, kuey teow dan banyak lagi. Untuk minuman pula, selain minuman biasa yang kita boleh temui di kedai lain, di sini turut terdapat air mata kucing yang sangat menyegarkan tekak.


Alamat: Lot 460, Jalan Tengkera, 75200 Bandar Melaka, Melaka.

Credit: Mee Sup Tengkera | Facebook

22 views0 comments
bottom of page