top of page

TOP 5 TEMPAT SARAPAN PAGI DI BATU PAHAT

Takda masa untuk sarapan dirumah, situasi ini kerap dilalui oleh mereka yang tempat kerjanya jauh dari rumah. Lebih mudah bagi mereka untuk sarapan di kedai. Dalam artikel ini, kami akan listkan tempat sarapan pagi terbaik yang patut mereka kunjungi….


Restoran ini terkenal dengan nasi lemak mereka yang sedap dan beberapa menu sarapan kampung seperti lontong darat ayam, nasi lemak paru, dan lontong darat paru yang buat anda terliur…. Harga makanan yang mereka kenekan juga berpatutan tambah pula dengan makanan mereka yang panas dan sedap belaka…

Alamat: 53, Jalan Medang, Taman Damai, 83000 Batu Pahat, Johor

Telefon Nombor: 017-7280593

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat: 8am – 12pm

Photo credit from FB: Warung Salmidi Tali Kapal, Parit Lapis.



Warung Wak Jaferi

Restoran ini tidak kurang dengan makanan terkenal mereka iaitu lontong dengan gandingan rendang daging yang sangat lazat…. Antara menu sarapan yang mereka turut sediakan adalah mi goreng, nasi lemak dan lain – lain lagi.

Alamat: Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor.

Telefon Nombor: 017-7897619

Waktu Operasi: Ahad – Sabtu: 8am – 12pm


Nasi lemak buntel, nama nasi lemak yang unik, tetapi kelazatannya juga tidak terhingga. Restoran Station Pak Ngah menyajikan mkanan lazat ini dengan menu makanan BEST SELLING mereka yang lain, LAKSA JOHOR DAN MEE RABUS SINGAPURA. Jemput datang sarapan sini di Station Pak Nah nak nikmati makanan BEST SELLING mereka dan makanan sarapan mereka yang lain.

Alamat: Jalan Rogayah, 83000 Batu Pahat, Johor

Telefon Nombor: 017-7216821

Waktu Operasi: Sabtu - Khamis: 7am – 3pm

Photo credit from FB: Station Pak Ngah


Warung Madu 3 Parit Besar menyajikan makanan sarapan seperti roti canai, roti bakar, nasi lemak kukus, dan lontong. Restoran ini terkenal dengan roti canainya yang krispy dan tidak tebal serta roti bakar mereka yang enak dan lazat. Pengunjung boleh memilih makanan mengikut citarasa mereka mengikut pilihan makanan yang disediakan.

Alamat: Lorong Bakti, Kampung Beroleh, 83000 Batu Pahat, Johor.

Telefon Nombor: 010-8975865

Waktu Operasi: Rabu – Isnin: 8am – 11.50am

Photo credit from FB: Warung Madu 3. Jln Parit Besar


Warung Ahmad Nasi Lemak menyajikan pelbagai jenis makanan sarapan pagi. Warung ini terkenal dengan nasi lemak ayam berserta sup tauhu mereka. Nasi lemak ayam mereka yang sedap dengan harga yang berpatutan, manakala sup tauhu mereka yang unik.

Alamat: 157, Rumah Kedai, Jalan Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor.

Telefon Nombor: 013-7733701

Waktu Operasi: Ahad – Sabtu: 7am – 12pm

Photo credits from FB: Warung Ahmad Nasi Lemak Sup Tauhu

144 views0 comments

Related Posts

bottom of page